Kes Tikam Cetus Kebimbangan, Kerajaan Korea Selatan Tingkatkan Kawalan Keselamatan

Kes Tikam Cetus Kebimbangan, Kerajaan Korea Selatan Tingkatkan Kawalan Keselamatan

Kejadian tikaman yang berlaku secara berterusan selama dua minggu membuatkan kerajaan Korea Selatan  meningkatkan kawalan keselamatan di negara tersebut.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata polis tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata api mereka untuk meredakan keadaan dan memastikan keselamatan rakyat terjamin.

Inisiatif keselamatan itu dilancarkan untuk menangani keganasan berkaitan pisau.

Gambar: AFP

“Serangan yang menggunakan pisau di Stesen Seohyeon adalah satu tindakan keganasan terhadap rakyat yang tidak bersalah.

“Kerajaan mesti menggerakkan semua pasukan polis untuk memastikan orang ramai tidak berasa cemas,” kata Yoon dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Terdahulu, seorang guru sekolah menengah dilaporkan telah diserang dengan pisau di Daejeon yang terletak di Korea Selatan.

Insiden serangan bersenjata itu berlaku tidak lama selepas seorang terbunuh dan tiga cedera dalam satu lagi kejadian tikaman di ibu negara pada 21 Julai.

Menurut pesuruhjaya jeneral Agensi Polis Kebangsaan, Yoon Hee Keun, polis juga secara aktif akan menggunakan peruntukan imuniti untuk penguatkuasaan undang-undang berdasarkan keselamatan awam.

“Pencarian dan soal siasat terpilih akan dijalankan mengikut undang-undang untuk suspek yang membawa pisau atau mempamerkan tingkah laku luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kehakiman Seoul juga menyatakan sedang mengkaji cadangan untuk memperkenalkan hukuman seumur hidup yang tidak boleh diberikan keampunan dalam undang-undang jenayah sebagai tindak balas kepada jenayah kejam itu.

Gambar: AFP

BACA: Mayat Lelaki Warga Asing Ditemukan Dengan 10 Kesan Tikaman

14 cedera dalam kejadian Khamis

Sebelum ini, media melaporkan pada Khamis, seramai 14 orang cedera selepas seorang lelaki mengamuk dan cuba menikam orang awam berhampiran stesen kereta api bawah tanah, Seohyeon di Bundang.

Difahamkan, penyerang memandu kereta ke laluan pejalan kaki sebelum menyerang orang ramai di kedai serbaneka.

Suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an telah menikam sembilan orang dan mencederakan lima yang lain.

Statistik menunjukkan Korea Selatan secara amnya merupakan negara yang sangat selamat, dengan kadar pembunuhan 1.3 bagi setiap 100,000 orang pada 2021.

Sebaliknya, purata global ialah enam kematian bagi setiap 100,000 orang menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Tetapi insiden yang berlaku baru-baru ini di negara itu mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama netizen.

Sumber: AFP

The post Kes Tikam Cetus Kebimbangan, Kerajaan Korea Selatan Tingkatkan Kawalan Keselamatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*