KPKM Tegaskan Harga Beras SST 5% Dikawal Pada Paras RM2.60/KG

kpkm harga beras dikawal

KPKM Tegaskan Harga Beras SST 5% Dikawal Pada Paras RM2.60/KG

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini mengeluarkan kenyataan balas berhubung dakwaan kenaikan harga beras pada bulan depan.

Penjelasan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik dalam akaun Facebook sebentar tadi.

Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa akan berlaku peningkatan harga jualan antara RM 1 hingga RM 2 bagi beras 10 kilogram.

Sehubungan itu, KPKM memaklumkan pihaknya sentiasa memastikan harga pasaran beras tempatan di Malaysia sentiasa dalam keadaan stabil dan terkawal.

Kementerian turut mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun 2023 berhubung penetapan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan pada peringkat kilang dan borong.

Menerusi surat tersebut, semua pihak yang terlibat perlu cakna akan harga kawalan maksimum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksima yang ditetapkan berkuatkuasa 16 Jun 2023.”

Harga kawalan maksimum bagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5) pada peringkat runcit pula ditetapkan pada kadar RM2.60 per kilogram.

Perkara ini adalah seperti mana yang termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

BACA: Hilang Minat Belajar, Cikgu Dedah Ada Budak Darjah 6 Siap Upah Kawan Siapkan Kerja Sekolah

Bagi beras putih import, harganya tidak akan dikawal kerajaan.

Menurut KPKM, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit pada masa ini majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah.

Berat ini difahamkan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import. Selain itu,  harga tersebut tertakluk kepada permintaan beras import dalam kalangan pengguna.

Pada akhir kenyataannya, KPKM mengatakan bahawa harga pasaran beras dalam Malaysia masih dapat dikawal.

Selain penguatkuasaan harga kawalan maksimum, pihaknya turut memantau harga pasaran beras di seluruh dari semasa ke semasa.

“Pada masa ini, harga pasaran beras dalam negara adalah stabil memandangkan harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dalam negara adalah dikawal oleh Kerajaan.

“Pemantauan berterusan KPB juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga dan bekalan beras sentiasa stabil di pasaran negara,”

BACA: Hilang Minat Belajar, Cikgu Dedah Ada Budak Darjah 6 Siap Upah Kawan Siapkan Kerja Sekolah

Sumber: Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan via Facebook

The post KPKM Tegaskan Harga Beras SST 5% Dikawal Pada Paras RM2.60/KG appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*