Dah Lama Tak Dengar Khabar, ‘Buntat’ Tolong Bapa Berniaga Roti Canai

buntat roti canai

Dah Lama Tak Dengar Khabar, ‘Buntat’ Tolong Bapa Berniaga Roti Canai

Pernah mencetuskan fenomena ketika melakonkan watak ‘Buntat’ menerusi drama popular, pelakon kanak-kanak Muhammad Ariff Abdullah kini dilihat aktif menolong bapanya berniaga roti canai di Jitra, Kedah.

Sebelum ini, Muhammad Ariff berjaya melonjakkan drama tersebut dengan penampilannya sehingga meraih populariti dalam sekelip mata.

Oleh kerana watak ‘Buntat’ yang dibawa dalam drama tersebut berhasil memberikan impak yang besar, sehingga kini ramai yang masih memanggilnya dengan panggilan watak itu.

Drama yang ditayangkan pada tahun 2016 itu menampilkan Siti Saleha dan Shukri Yahya sebagai pelakon utama.

Buntat tolong bapa di kedai makan

Baru-baru ini, pengguna @syakirasaid_ di TikTok, memuat naik satu rakaman video yang memaparkan Muhammad Ariff, setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen.

Dalam video tersebut Muhammad Ariff dilihat sedang membersihkan meja makan dengan mengemas tempat tersebut.

Kredit: @syakirasaid_/TikTok

Menurut pemilik video itu, dia ternampak kelibat anak kelahiran Kedah itu semasa singgah sarapan di kedainya.

Katanya, ramai yang singgah ke kedai Muhammad Ariff sewaktu dia pergi ke kedai tersebut.

Muhammad Ariff yang merupakan kanak-kanak kini telah bertukar menjadi remaja, mengejutkan orang ramai kerana tidak sangka dia membesar dengan begitu cepat.

“Patutlah ramai yang makan dekat sini. Besar dah dia.

“Dulu kecil je tengok dekat televisyen,” katanya.

Kredit: @syakirasaid_/TikTok

Tidak lama selepas itu, Muhammad Ariff pergi ke meja pemilik video susulan dipanggil oleh keluarganya.

Muhammad Ariff kemudiannya menyantuni pelanggan yang datang dengan mengambil gambar bersama mereka sebelum menyambung kerjanya.

Biarpun sudah lama tidak muncul di televsiyen namun ramai yang masih mengingati dirinya.

Sesetengah mereka juga mengambil peluang untuk berjumpa dengannya di kedai makan bapanya yang terletak di medan selera Jitra.

Bakal buat kemunculan semula

Rata-rata warga maya senang melihat diri Muhammad Ariff pada ketika ini dan ada juga antara mereka yang menzahirkan perasaan rindu untuk melihatnya di televisyen.

Pemilik video itu kemudiannya berkata Muhammad Ariff memaklumkan bahawa dia akan membuat kemunculan semula di televisyen.

Ini kerana dia telah selesai penyuntingan bersama pihak produksi namun drama tersebut masih belum disiarkan.

Kredit: @syakirasaid_/TikTok

“Kenapa tak berlakon Buntat?” tanya warga maya.

“Dia kata dia ada berlakon. Baru habis shooting. Cuma belum keluar je lagi,” jawab pemilik video itu.

@syakirasaid_

Patut la ramai yg makan dekat sini. Besar dah dia. #fyp

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Sumber: @syakirasaid_/TikTok

BACA: Sajian Panas Di Lapangan, Wira Malaysia Di Turkiye Nikmati Roti Canai Sebelum Bertugas

The post Dah Lama Tak Dengar Khabar, ‘Buntat’ Tolong Bapa Berniaga Roti Canai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*