KPT Terus Pantau Keadaan Pelajar Di Timur Tengah

KPT Terus Pantau Keadaan Pelajar Di Timur Tengah

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum situasi terkini pergolakan yang  berlaku di Timur Tengah yang melibatkan antara negara Iran dan Israel serta secara tidak  langsung memberi tempias kepada negara-negara di sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lebanon dan Iraq. KPT sedang memantau perkara ini secara langsung menerusi pejabat  Education Malaysia (EM) di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan  Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi  mendapatkan perkembangan terkini dan tindakan lanjut yang perlu diambil bagi memastikan  keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin. 

kpt pantau keadaan pelajar timur tengah
Sumber : BERNAMA

Pihak berkuasa juga memaklumkan akan penutupan ruang udara di beberapa negara  terlibat. KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk sebarang tindakan selanjutnya  termasuk sekiranya ada keperluan untuk membawa pulang pelajar dari negara berkaitan. 

Mengikut rekod semasa pelajar Malaysia yang berdaftar adalah seramai 1872 orang di  Jordan, 37 orang di Syria, 8 orang pelajar di Iran dan tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan  Iraq pada ketika ini. 

Kepada pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini  boleh terus menghubungi Kedutaan Malaysia yang terdekat di talian: 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN 

Alamat : 25, Second Alley, North Zarafshan Street Eyvanak Boulavard,  Phase 4, Shahrak e-Qods Islamic Republic of Iran Tehran 

Nombor Telefon : (+9821) 88072444 

 (+9821) 88078606 

Emel : mwtehran@kln.gov.my 

 mwconsular.teh@gmail.com 

KEDUTAAN MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN 

Alamat : No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street Abdoun, P.O.  Box 5351, Amman 11183, Jordan  

Nombor Telefon : (+962) 6590 2400 

 (+962) 78590 2400 

Emel : mwamman@kln.gov.my 

 amm.uhep@gmail.com 

Rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar Malaysia di negara berkenaan dinasihatkan  untuk terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan  pihak berkuasa. Semoga krisis ini akan segera menemui jalan penyelesaian dan keadaan  kembali aman.

The post KPT Terus Pantau Keadaan Pelajar Di Timur Tengah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*