Tular remaja bertudung jadi ‘kepala singa’

PETALING JAYA – Tular di media sosial seorang remaja perempuan bertudung mempersembahkan tarian singa dengan tangkas di sebuah acara sekali gus disifatkan berjaya membawa mesej perpaduan negara.

Apa yang menarik menerusi perkongsian video Ah Peng di TikTok, remaja itu bukan sahaja cemerlang dengan gerak tari memukau, malah dia juga bertanggungjawab untuk berada di posisi hadapan.

Kecekapannya mengendalikan tarian tersebut bersama pasangan persembahan meraih sorakan padu penonton dan keterujaan netizen sejurus dia melepaskan kostum singa yang dikenakan.

“Terbaik adik-adik, 1 Malaysia kita bersama budaya dan bangsa. Eratkan silaturahim akak sokong 100 peratus sebab suami akak Cina Sabahan,” ujar FiDaTu_24.

“Macam ni pun air mata aku tumpah asbab kepandaian dia. Cayalah sayang,” komen Mazz-Ahmad pula.

“Alhamdulillah terbaik dik tahniah. Terharu kak tonton. Kita 1 Malaysia bahagia kita kerana keharmonian sesama bangsa, sayang awak,” komen seorang lagi netizen.

Dikongsikan sejak semalam, video tersebut sehingga kini berjaya meraih tanda suka sebanyak 98,100 dengan 5,042 komen. – KOSMO! ONLINE

The post Tular remaja bertudung jadi ‘kepala singa’ appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*