Bukan Ayam Atau Daging, Ini Resepi Unik Sate Daun Ubi

sate daun ubi

Bukan Ayam Atau Daging, Ini Resepi Unik Sate Daun Ubi

Sebut sahaja sate, siapa sahaja yang tidak kenal dengan makanan Nusantara ini. Lebih-lebih lagi sate terkenal di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia.

Kebiasaannya, sate adalah beberapa keratan isi daging yang dicucuk dengan lidi sebelum dibakar menggunakan api arang dan disajikan dengan kuah kacang.

Antara isi daging yang popular dan sentiasa menambat tekak pembeli adalah daging ayam, daging lembu, daging kambing dan daging arnab.

Bukan itu sahaja, sate juga dipelbagaikan dengan menggunakan isi ikan dan dipanggil sate ikan.

Pun begitu, pernahkah anda mencuba sate yang berasaskan sayur hijau, iaitu daun ubi. Meskipun kedengaran agak janggal, namun makanan ini sebenarnya wujud dan popular dalam sesetengah masyarakat.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan resepi sate ubi oleh Rhea Laras di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Resepi Sate Daun Ubi

Gambar: TikTok @Rhea Laras

Bahan Sate
Daun ubi (daun singkong)
Garam
Lada
Secukup Rasa
Tepung Tapioka

BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Kuah Kacang 
Bawang merah
Bawang putih
Serai tumbuk
Lengkuas tumbuk
Cili merah (besar)
Kacang tanah goreng yang dikisar
Gula perang
Kicap manis
Air asam jawa
Garam
Minyak

Cara membuat;

Pertama, rebus daun ubi sehingga matang. Setelah diangkat, biarkan sejuk, perah sehingga kering dan potong halus-halus.

sate daun ubi
Gambar: TikTok @Rhea Laras

Kedua, campurkan garam, lada, secukup rasa, bawang merah, bawang putih dan tepung ubi kayu sedikit. Gaulkan sehingga sebati dan bentuk secara bulat-bulat.

Ketiga, goreng adunan dengan minyak panas baru angkat.

Keempat, bagi kuah kacang, tumis bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas dan cili merah yang sudah dikisar, masak hingga bauan harum naik.

Gambar: TikTok @Rhea Laras

Kelima, masukkan gula perang, garam, kicap manis, dan kacang goreng. Masak hingga pecah minyak dan berbau harum, hingga warna kuah kacang semakin gelap dan muncul minyak-minyak berwarna merah.

sate daun ubi
Gambar: TikTok @Rhea Laras

Keenam, celupkan sate daun ubi ke kuah kacang dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: TikTok @rhealaras

The post Bukan Ayam Atau Daging, Ini Resepi Unik Sate Daun Ubi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*