Datuk Aznil Hj Nawawi Dilantik Sebagai Profesor Adjung Di Universiti Malaya

aznil profesor adjung universiti malaya

Datuk Aznil Hj Nawawi Dilantik Sebagai Profesor Adjung Di Universiti Malaya

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi telah dilantik secara rasmi sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM).

Berita berkenaan dimaklumkan sendiri oleh universiti berkenaan melalui satu hantaran di laman facebooknya. Menurut hantaran tersebut, pelantikan berkenaan berkuatkuasa pada 9 Oktober lepas.

Secara umumnya, Profesor Adjung adalah gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya. Gelaran ini diberikan kepada individu yangg mempunyai kepakar­an dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang.

Pada masa yang sama, Profesor Adjung turut dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi.

Difahamkan, Datuk Aznil Hj Nawawi merupakan salah seorang alumni Universiti Malaya yang tersohor. Beliau bergraduasi daripada universiti terkemuka itu pada tahun 1984.

Untuk makluman, pengacara prolifik Malaysia ini merupakan graduan bagi program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Fakulti berkenaan kini dirujuk sebagai Fakulti Perniagaan dan Ekonomi.

Selepas bergraduasi, beliau telah menceburi bidang komunikasi penyiaran dan menjadi ikon khususnya dalam bidang perucapan awam.

“Anak jati Kuala Lumpur ini yang dikenali umum dalam bidang komunikasi penyiaran, adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (kini Fakulti Perniagaan dan Ekonomi), merupakan antara pendokong industri pengucapan awam negara.”

BACA: Selalu Layari Laman Web, Ini Beza HTTP Dengan HTTPS Selalu Ada Pada “Link URL”

Ketokohan dan portfolio Datuk Aznil Hj Nawawi melayakkannya terpilih untuk berkolaborasi dalam pelbagai bidang

Menurut hantaran yang sama, Datuk Aznil Hj Nawawi telah banyak menaburkan bakti dalam pelbagai program usahasama bersama agensi kerajaan.

“Menerusi ketokohannya ini, beliau telah terpilih untuk berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan melahirkan murid-murid sekolah berketrampilan kelas pertama, selaras dengan aspirasi program Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21).

“Dengan kepercayaan itu juga, Kementerian Ekonomi turut memilih Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai Mentor Pengucapan Awam untuk sebuah program khusus pembangunan usahawan.”

Justeru, perlantikan Datuk Aznil Hj Nawawi ini diharap dapat menggilap kemahiran pengucapan awam dalam kalangan warga UM.

“Dengan pelantikan berprestij ini pastinya akan memperkasakan kemahiran pengucapan awam di kalangan warga kampus khususnya mahasiswa dari pelbagai cabang bidang pengkhususan.”

Pada akhir kenyataan, UM mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam melayari perjalanan hidup baru sebagai Profesor Adjung.

“Dokongan Datuk Aznil Hj Nawawi yang tidak ternilai ini dapat membantu Universiti Malaya mencapai hasrat melahirkan graduannya yang lebih berani, bijak berkomunikasi, berkarisma dan verstail  dalam mendepani cabaran dunia masa hadapan yang semakin sukar diramalkan.”

BACA: Selepas 31 Oktober, Pengaktifkan Secure2u Kali Pertama Perlu Dibuat Di ATM Maybank

Sumber: Universiti Malaya

The post Datuk Aznil Hj Nawawi Dilantik Sebagai Profesor Adjung Di Universiti Malaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*