Wanita Mati Hidup Semula, Terjaga & Ketuk Keranda

wanita mati hidup semula

Wanita Mati Hidup Semula, Terjaga & Ketuk Keranda

Satu kejadian aneh terjadi apabila seorang wanita warga emas di Ecuador yang disahkan meninggal dunia ‘terjaga’ di dalam keranda sendiri ketika upacara pengebumian, lapor India Times.

Anak lelakinya, Gilbert Balberan memberitahu ibunya, Bella Montoya mengetuk kotak keranda dengan tangan kirinya selepas bangun selama lima jam.

Balberan berkata dia terpaksa menguruskan sumbangan berkaitan keranda memandangkan keluarganya tidak mampu membiayai selepas Hospital Awam Marin Icaa mengisytiharkan kematian ibunya pada Jumaat.

“Pihak hospital turut memberikan mereka sijil kematian ibu,” kata Balberan ketika ditemui pemberita.

Insiden luar biasa itu dilaporkan secara meluas dalam media Ecuador, dengan tajuk utama meraikan ‘kebangkitan’ wanita itu.

Kredit: @ElInformanteMX/Twitter

Sebuah video yang disiarkan di Twitter menunjukkan wanita berusia 76 tahun yang berada di dalam keranda bernafas dengan berat selepas ia dibuka.

Dua lelaki turut dilihat membantu wanita itu keluar daripada keranda dan video tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Montoya kemudiannya telah dihantar ke hospital yang pengesahan kematiannya serta rawatan lanjut.

BACA: Bangunan Tempatkan Kubur Runtuh, Puluhan Keranda Tergantung Di Udara

Jantung stabil

“Ibu saya pada ketika ini telah diberikan oksigen. Jantungnya stabil. Doktor mencubit tangannya dan dia memberi tindak balas.

“Mereka memaklumkan kepada saya bahawa ini merupakan perkara yang bagus kerana dia bertindak balas sedikit demi sedikit,” katanya.

Sebelum ini, Montoya dimasukkan ke hospital selepas disyaki mengalami strok dan jantungnya tidak bertindak balas membuatkan doktor bertugas mengesahkan dirinya sudah mati.

Kementerian Kesihatan Ecuador berkata ia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu dan akan menyelia penjagaan Montoya.

Balberan berkata dia telah melawat ibunya di unit rawatan rapi hospital pada Ahad.

“Sedikit demi sedikit, saya memahami apa yang berlaku. Kini saya hanya berdoa agar kesihatan ibu saya bertambah baik.

“Saya mahu dia hidup dan berada di sisi saya,” ujarnya.

Sumber: AFP via India Times

BACA: Pelanggan Nekad Gadai Keranda, Terkesan Dengan Krisis Kos Sara Hidup

The post Wanita Mati Hidup Semula, Terjaga & Ketuk Keranda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*