DBKL Arah Cabut Pintu Jeriji Halang Laluan Pejalan Kaki

dbkl flat pintu jeriji laluan

DBKL Arah Cabut Pintu Jeriji Halang Laluan Pejalan Kaki

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan agar pintu jeriji yang dipasang di depan rumah di Flat Wangsa Maju Seksyen 2 dicabut.

Menurut laporan Sinar Harian, arahan itu dikeluarkan kepada pengurusan flat berkenaan.

Difahamkan, DBKL sebelum ini telah menerima aduan berkenaan pemasangan pintu jeriji yang telah menghalang laluan dan menyusahkan orang ramai.

Menerusi satu kenyatan yang dikeluarkan DBKL, surat arahan tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan pihaknya.

Pemeriksaan itu dibuat menerusi Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) pada Selasa lalu.

Hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati pengubahsuaian struktur bangunan tidak terhad terhadap pemasangan pintu jeriji semata-mata.

“Terdapat beberapa unit melakukan pengubahsuaian tidak hanya pemasangan pintu jeriji tetapi terdapat juga melibatkan tambahan struktur.

“COBKL telah mengeluarkan surat kepada pengurusan kediaman supaya mengambil tindakan kepada pemilik petak agar mengembalikan semula pengubahsuaian itu kepada bentuk asal,” kata COBKL dalam satu kenyataan semalam

Penguatkuasaan tindakan itu adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan bangunan selari dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

“Di bawah seksyen 59 (1) Akta 757 telah menyatakan bahawa kewajipan pengurusan adalah menyenggara dan mengurus dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik,” kata kenyataan itu lagi.

Penduduk luah kemarahan atas tindakan pelaku yang memasang struktur tambahan tanpa mengambil kira persekitaran

Sebelum ini, tular beberapa gambar yang menunjukkan keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu.

Selain itu, struktur tersebut dilihat telah dipasang di setiap tingkat pada bangunan yang memiliki empat tingkat itu.

Pemasangan pintu jeriji besi tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut.

Ada penduduk yang meluahkan kemarahan dengan menconteng dinding berhampiran dan meminta pelaku untuk mencabut struktur terbabit.

Malah perkongsian masalah tersebut di media sosial turut mencetuskan perdebatan dalam warga maya.

BACA: ‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya

Sumber: Sinar Harian

The post DBKL Arah Cabut Pintu Jeriji Halang Laluan Pejalan Kaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*