Jiran Mengadu Bau Busuk, Pemilik Terkejut Tengok Rumah Yang Disewakan Dipenuhi Longgokan Sampah

pemilik rumah longgokan sampah

Jiran Mengadu Bau Busuk, Pemilik Terkejut Tengok Rumah Yang Disewakan Dipenuhi Longgokan Sampah

BEIJING — Seorang pemilik rumah terkejut setelah mendapati rumah yang disewakannya kepada seorang wanita dipenuhi dengan timbunan sampah.

Memetik laporan New York Post, sudah lebih setahun sampah itu tidak dibuang.

Difahamkan, keadaan persekitaran rumah itu hanya diketahui oleh pemilik apartmen itu setelah memasuki sendiri rumah berkenaan.

Dalam satu rakaman oleh Newsflare pada 10 Ogos lalu mendedahkan wanita terbabit hanya duduk di tengah-tengah ruang bilik yang dipenuhi dengan timbunan sampah-sarap.

Menurut pemilik rumah tersebut, dia menjelaskan suasana di dalam ruang apartmen itu mempunyai bau yang sangat tidak menyenangkan.

Ambil Masa Lima Jam Nak Bersihkan

pemilik rumah longgokan sampah
Gambar: SCMP

Tambahnya, sebelum video itu dirakamkan, dia telah membersihkan sebahagian sampah yang terdapat dalam rumah itu. Selepas lima jam proses pembersihan sampah dilakukan, barulah apartmen yang disewa berkenaan kembali bersih.

Susulan itu, penyewa wanita itu diberikan masa beberapa hari untuk mencari tempat sewa baharu.

Sementara itu, video berkenaan turut dimuat naik oleh portal South China Morning Post (SCMP) yang memaparkan situasi itu.

Menurut SCMP, pemilik apartmen itu melakukan pemeriksaan setelah mendapat aduan daripada jiran pada aras berkenaan mengenai bau busuk.

pemilik rumah longgokan sampah
Gambar: SCMP

Pun begitu, pemilik rumah memaklumkan bahawa penyewa berkenaan sentiasa membayar sewa rumah pada tarikh yang telah ditetapkan setiap bulan.

Penemuan itu nyata mengejutkan warganet. Sesetengah pihak berpendapat bahawa wanita berkenaan dipercayai mempunyai masalah psikologi dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung situasi itu.

BACA JUGA: (Video) “Penyewa Dari Neraka..” Tuan Rumah Terkedu Rumah Sewa Jahanam, Sampah-Sarap Sampai Cecah Siling

Terdahulu, seorang wanita di Indonesia yang menyewa asrama menjadi perhatian warganet selepas biliknya dipenuhi sampah, lapor Wolipop.

Perkara itu hanya diketahui selepas pintu biliknya dibuka secara paksa oleh pemilik rumah.

Difahamkan, pemilik rumah itu berasa sangat terkejut melihat keadaan bilik itu yang kotor dengan sampah setelah memasuki ruang tersebut.

Terdapat banyak longgokan sisa plastik yang digunakan untuk membungkus makanan dan minuman dibuang begitu sahaja dalam bilik tersebut.

Pintu bilik itu juga dikatakan susah untuk dibuka kerana sudah terhalang oleh timbunan sampah sarap yang memenuhi ruangan bilik.

Sumber: New York Post, SCMP

The post Jiran Mengadu Bau Busuk, Pemilik Terkejut Tengok Rumah Yang Disewakan Dipenuhi Longgokan Sampah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*