De Gea Sambung Kontrak, Harap Kekal Di Old Trafford Sepanjang Karier

Penjaga gol Manchester United, David De Gea mengesahkan akan memperharaui kontrak, sekali gus berharap akan kekal berada di Old Trafford sepanjang kariernya, lapor Evening Standard.

Difahamkan, kontrak pemain berusia 32 tahun itu telah tamat pada penghujung musim, namun United membuat perjanjian untuk lanjutan selama setahun lagi.

Namun dalam masa yang sama terdapat perbincangan mengenai kontrak jangka panjang yang diutarakan kelab tersebut.

“Saya berasa sangat santai. Saya hanya fokus kepada latihan dan melakukan yang terbaik. Tetapi, yang pasti ia akan berakhir dengan cara yang baik.

“Saya berharap akan kekal sepanjang karier (di United). Ini adalah kelab saya, saya telah berada di sini selama bertahun-tahun dan ia adalah satu penghormatan besar untuk berada di sini,” jelas De Gea.

Sementara itu, United dikatakan masih mencari persaingan untuk De Gea selepas penjaga gol kedua, Maritn Dukbravka kembali ke Newcastle dan berbincang dengan Crystal Palace mengenai perpindahan Jack Butland.

David De Gea
Kredit: ESPN

“United tidak pernah bolos di tempat sendiri sejak …”

Malah, De Gea juga telah membuktikan kepentingannya di United selepas mencatatkan satu lagi kemenangan menentang Bournemouth 3-0 dalam saingan Liga Perdana (EPL) kelmarin.

Hal ini kerana De Gea melakukan ‘penyelamatan’ penting ketika pemain Bournemouth, Philip Biling dan Jaidon Anthony melakukan percubaan berbahaya ke gawang United.

Justeru ledakan trio tiga gol hasil jaringan daripada Casemiro (minit ke-23), Shaw (minit ke-49) dan Rashford (minit ke-86) sekali gus memastikan kemenangan milik United.

Secara tidak langsung, ia membuktikan satu lagi rekod bersih Red Devils iaitu United tidak pernah bolos di tempat sendiri sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September lalu.

“Begitulah sepatutnya untuk masuk ke gawang The Red Devils, ia seharusnya menjadi tempat yang sukar untuk pasukan, kita lihat sahaja pada masa hadapan.

“Kami bermain dengan sangat baik, kami perlukan momentum sebaik mungkin dan bersedia untuk setiap perlawanan (dijadikan seperti perlawanan terakhir).

“Tidak hanya itu, kami juga perlu pulih dengan baik kerana kami banyak bermain pada bulan ini,” katanya.

Tidak dinafikan pertahanan merupakan kunci kepada peningkatan United sejak mereka memulakan musim ini dengan beberapa kekalahan berturut-turut.

“Semua orang sudah bersedia, semua orang fokus, semua orang berlatih dengan baik dengan sangat baik dan berada dalam tujuan yang sama, ini adalah satu perubahan yang besar.

“Tidak kira siapa yang bermain. Malah, pemain gantian, tidak kira siapa yang masuk, mereka memberikan segala-galanya di atas padang.

“Kami mempunyai semangat berpasukan yang sangat kuat dan bagi saya ia dikatakan hebat untuk melihat pemain bermain dengan cara ini,” jelas De Gea.

David De Gea
Kredit: Football365

‘Ten Hag seorang yang tegas…’

Untuk rekod, United kekal berada di kedudukan keempat selepas keputusan seri Newcastle menentang Arsenal. Tetapi, United mempunyai mata yang sama dengan skuad Magpies  tersebut dan hanya ketinggalan satu mata di belakang seteru utama, Manchester City.

Hal ini secara tidak langsung membuktikan impak jurulatih, Erik Ten Hag selepas mengambil alih United pada tahun lalu dengan 13 kemenangan setakat ini.

“Dia (Ten Hag) melakukan yang terbaik. Dia meletakkan setiap pemain ke arah yang sama dan menjadikan kami pasukan yang terbaik. Semua orang mahu menang, semua orang mahu bermain dalam kelab ini dan itu merupakan penghormatan yang sangat besar.

“Dia membawa semangat yang hebat kepada pasukan ini, kami bermain dengan sangat baik dan ini adalah cara kami menunjukkan dan mengekalkan momentum,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, De Gea turut mendedahkan bahawa Ten Hag adalah seorang yang tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai jurulatih The Red Devils.

“Dia gembira dengan rekod bersih, tetapi pada masa yang sama dia agak marah kerana kami terlepas banyak peluang, kami terlalu membuka peluang kepada lawan pada akhir perlawanan, disebabkan itu dia menjadi marah,” maklum De Gea.

Sumber: Evening Standard

The post De Gea Sambung Kontrak, Harap Kekal Di Old Trafford Sepanjang Karier appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*