AmanahRaya Komited Bantu 165 Mangsa Banjir Di Muar, Johor

Muar, 10 Mac 2023 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini terus mempergiatkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporatnya dengan menghulurkan sumbangan bantuan berjumlah lebih kurang RM50,000 merangkumi barangan keperluan asas dan wang tunai kepada seratus enam puluh lima (165) penerima yang kini ditempatkan di Pejabat ADUN Bukit Naning,Batu 18, Ayer Hitam.

Agihan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan diiringi oleh ADUN Bukit Naning (N14), Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Fuad Tukirin dan Penghulu Mukim Ayer Hitam, Encik Fauzi Tubi.

Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam ucapannya berkata, ’AmanahRaya sentiasa komited dan prihatin untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya bagi meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk sekitar Batu 18, Ayer Hitam ini.

“Kami amat bersimpati atas ujian yang dihadapi oleh tuan puan pada ketika ini memandangkan banjir yang melanda telah mengakibatkan kemusnahan harta benda seperti kenderaan, tempat tinggal dan lain-lain,” ujarnya.

Selain memberikan sumbangan dalam bentuk tunai dan barangan keperluan, AmanahRaya juga turun padang ke lokasi kawasan banjir untuk menyumbangkan tenaga bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan rumah penduduk yang terjejas teruk.

Tambah beliau, usaha proaktif AmanahRaya kali ini digerakkan menerusi amalan ‘Give Back to the Community’ di mana amalan ini bakal menerapkan sifat empati dan menzahirkan semangat kemanusiaan yang tinggi dalam kalangan pegawai AmanahRaya.
Majlis turut disertai oleh pegawai dari ibu pejabat dan Cawangan AmanahRaya,Ketua-Ketua Kampung Mukim Ayer Hitam, Ahli Pengurusan PPS, agensi penyelamat dan penerima sumbangan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

The post AmanahRaya Komited Bantu 165 Mangsa Banjir Di Muar, Johor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*