‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influecer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut

influencer bantuan followers sofa

‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influecer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut

Siapa sangka, tindakan memasukkan maklumat bank secara suka-suka mampu membuatkan seseorang itu berdepan kepayahan dan menyesal seumur hidup.

Itulah situasi yang terpaksa ditanggung oleh pempengaruh, Quenlin Blackwell, 23, yang berasal dari Amerika Syarikat.

Menurut Quenlin, dia tidak menyangka tindakan membida dan mengisi maklumat bidaan sebuah sofa secara ‘suka-suka’ membawa padah kepada dirinya.

Katanya, akibat tindakan itu, dia ‘terpaksa’ membeli sebuah sofa bernilai ratusan ribu yang dimenanginya secara tidak sengaja dalam bidaan berkenaan.

Quenlin kelihatan menangis teresak-esak dalam video yang dimuat naik untuk berkongsi kejadian tersebut.

Menurut wanita itu, dia tidak serius dalam bidaan berkenaan dan hanya sekadar suka-suka mengisi butiran yang diminta untuk menyertai bidaan itu termasuk butiran bank.

Namun gurauan tersebut bertukar menjadi satu dugaan yang besar apabila diisytihar sebagai pemenang sofa tersebut.

Akibatnya, dia perlu melunaskan harga bidaan sofa yang dianggap sangat mahal iaitu kira-kira $100,000 (RM463,250).

Situasi tersebut menyebabkan dia merasa sangat panik dan menjadi tidak tenteram.

Katanya lagi, dia juga hampir hilang kawalan apabila melihat amaun RM463 ribu itu ditolak daripada akaun banknya.

Influencer itu meminta bantuan followers untuk melunaskan bayaran bidaan bagi sofa mahal itu

Menerusi video yang sama, wanita itu turut berkesempatan meminta derma daripada para peminat.

“Kalau anda ada Sejuta Dolar, boleh tolong dermakan kepada saya?” katanya.

@quenblackwell

I cant inhale.

♬ original sound – quenblackwell

Video yang dimuat naik wanita berkenaan pantas menjadi viral dan menarik perhatian warga maya.

Rata-rata merasa keliru dan tidak memahami tindakan wanita tersebut menyertai sesi bidaan jika tidak serius dengan bidaan tersebut.

“Untuk pengetahuan anda, tidak ada mana-mana individu akan menjadikan maklumat perbankan sebagai bahan jenaka, ” kata seorang pengikutnya.

Seorang lagi pengikutnya juga sukar memahami bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

“Cuba jelaskan bagaimana anda secara tidak sengaja memasukan semua butiran perbankan dan menekan butang bida?” tanya seorang pengikutnya lagi dengan nada skeptikal.

BACA: Tular Kelibat Nanami Di Kuantan, “Cosplayer” Ini Ubati Rindu Peminat

Sumber: UNILAD

The post ‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influecer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*