Demi Bunuh Lipas, Lelaki Tidak Sengaja Letupkan Apartmen

bunuh lipas letupkan apartmen

Demi Bunuh Lipas, Lelaki Tidak Sengaja Letupkan Apartmen

Seorang lelaki Jepun berusia 54 tahun dilaporkan telah menyebabkan apartmennya meletup secara tidak sengaja dalam cubaan membunuh seekor lipas, lapor Independent.

Difahamkan, kejadian malang itu berlaku pada 10 Disember lalu ketika lelaki tersebut menggunakan racun serangga dengan terlampau banyak.

Kesan daripada penggunaan berlebihan itu akhirnya telah menyebabkan apartmennya yang terletak di di Wad Chuo, Kumamoto di Pulau Kyushu, 230 batu barat daya Hiroshima meletup.

Bagaimanapun, menurut akhbar Jepun The Mainichi, polis melaporkan bahawa mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Selain itu, mangsa juga dijumpai mengalami kesan melecur berhampiran kotatsunya iaitu sejenis objek meja pemanas di Jepun.

Berdasarkan keterangan mangsa, beliau pada awalnya dipercayai ternampak seekor lipas di apartmennya.

Oleh disebabkan penemuan itu, lelaki tersebut kemudiannya telah menyembur racun serangga secara berlebihan bagi membunuh haiwan perosak berkenaan.

Menurut Polis Wilayah Kumamoto, susulan perbuatan menyembur racun serangga berlebihan tersebut, apartmen itu kemudiannya meletup. Kebakaran dikatakan berlaku begitu besar sehingga menyebabkan tingkap balkoni tercabut.

Sebelum ini, Pusat Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan Jepun dilaporkan telah menerima beberapa laporan mengenai letupan yang serupa. Di mana ia berkaitan dengan penyemburan racun serangga berdekatan dengan soket elektrik.

Menurut beberapa syarikat racun serangga perosak memetik Strait Times, perbuatan menyembur racun serangga berdekatan soket elektrik boleh menyebabkan risiko kecederaan.

Abang “Rider” Cemas, ‘Terperangkap’ Dengan Lipas Dalam Lif

Terdahulu, sebuah video berkenaan seorang lelaki yang cemas semasa berdepan dengan lipas telah tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok @usuvke, lelaki itu telah menunjukkan kehebatannya dalam cubaan menjauhkan diri daripada haiwan berkenaan.

Menurut klip TikTok yang dimuat naik pada 5 Mei lalu, pengguna itu dipercayai berada dalam lif sebuah bangunan.

Lelaki itu kelihatan seperti sedang membuat penghantaran makanan kerana dia dilihat memegang beg berisi makanan dalam video tersebut.

BACA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Pada awalnya, lipas itu kelihatan berada di hujung kabin sebelum mula berjalan.

Lipas itu kemudiannya dilihat berjalan di sekeliling lif tersebut untuk mencari jalan keluar.

Lelaki yang panik itu kemudian dilihat memanjat lif tersebut dalam cubaan melarikan diri daripada lipas berkenaan.

Bukan setakat memanjat lif, lelaki itu juga sempat kedengaran menjerit dengan nada tinggi sebelum memaki lipas berkenaan.

Rakaman juga bergerak dengan agak kelam kabut sewaktu lelaki itu sedang melakukan cubaan melarikan dirinya memanjat lif berkenaan.

Sumber: Independent

The post Demi Bunuh Lipas, Lelaki Tidak Sengaja Letupkan Apartmen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*