Detik Cemas Pesawat Tergelincir Ketika Mendarat Di Landasan Tular

pesawat tergelincir ketika mendarat

Detik Cemas Pesawat Tergelincir Ketika Mendarat Di Landasan Tular

Sebuah pesawat jenis Embraer EMB 120 dilaporkan terhempas semasa melakukan pendaratan di lapangan terbang Aden Adde, Mogadishu Somalia, lapor Aviation Source News.

Pesawat domestik yang dikendalikan oleh Halla Airlines itu berlepas dari Garowe, ibu kota Puntland di timur laut Somalia bersama 30 orang penumpang di dalamnya.

Difahamkan terdapat beberapa penumpang mengalami kecederaan, namun butiran khusus mengenai kejadian dan tahap kecederaan masih belum diketahui buat masa ini.

Rakaman kejadian berjaya dirakam dan telah tersebar luas di media sosial. Rakaman itu pada awalnya menunjukkan pesawat Embraer EMB 120 Brasilia sedang cuba untuk mendarat.

Bagaimanapun, pesawat itu kemudiannya telah tergelincir keluar dari landasan selepas membuat pendaratan.

Rakaman itu juga menunjukkan pesawat itu telah terbabas dan melencong ke tumbuhan-tumbuhan rendah di tepi landasan berkenaan.

Kredit Twitter

Pesawat itu juga dilihat berpusing lalu melanggar bahagian pagar landasan dan menyebabkan kerosakan yang agak teruk pada kerangkanya.

Sementara itu, punca sebenar bagaimana pesawat tersebut boleh hilang kawalan masih tidak dapat diketahui.

Kredit Twitter

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Somalia telah mengeluarkan kenyataan ringkas yang mengesahkan kemalangan itu.

Kemalangan dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde pada 12.23 tengah hari waktu tempatan bersamaan dengan 11 Julai.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa seramai 34 penumpang dan anak kapal berada di dalam pesawat tersebut. Tiada kemalangan jiwa berlaku dan dua penumpang mengalami kecederaan ringan.

Selain itu, pengawal selia penerbangan Somalia kini akan menjalankan siasatan ke atas kemalangan pendaratan yang melibatkan pesawat terbabit.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Mengenai Halla Airlines

Halla Airlines ialah merupakan sebuah syarikat penerbangan Somalia yang mempunyai ibu pejabat di Nairobi, Kenya. Ia diasaskan pada 2015 dan mula beroperasi pada 2016.

Pangkalan utama syarikat penerbangan itu ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta di Nairobi.

Syarikat itu menawarkan penerbangan ke beberapa destinasi di Somalia, termasuk di Mogadishu, Garowe dan Bossao. Halla Airlines juga menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Nairobi, Kenya.

Sumber: Aviation Source News

The post Detik Cemas Pesawat Tergelincir Ketika Mendarat Di Landasan Tular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*