“Drama” Tepi Kolam, Pasangan Kekasih Dalam Siasatan – Polis

pasangan kekasih siasatan polis

“Drama” Tepi Kolam, Pasangan Kekasih Dalam Siasatan – Polis

SUBANG JAYA — Perbuatan seorang lelaki menarik rambut dan menarik teman wanitanya ke dalam kolam renang memakan diri selepas kes tersebut dalam siasatan pihak polis, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway itu, mangsa telah membuat laporan polis sejurus tindakan yang dilakukan oleh pasangannya itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, ‘drama’ tersebut telah tular di platform media sosial sebelum dikesan oleh pihaknya.

Tambah Wan Azlan, hasil siasatan mendapati insiden yang melibatkan dua warga asing itu berlaku sekitar jam 3 petang di lokasi kejadian.

“Mangsa telah membuat laporan polis berkenaan kejadian bagaimanapun menyatakan tidak mahu meneruskan kes serta tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya.

“Mangsa juga mendakwa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan,” maklumnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menyatakan pihaknya sentiasa memandang serius berkaitan sebarang aktiviti atau perlakuan jenayah yang berlaku.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa memberikan kerjasama kepada polis dalam menyalurkan sebarang kegiatan mencurigakan.

“Sebarang info boleh disalurkan dengan menghubungi talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut, segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya lagi.

Sebelum ini, pergaduhan antara dua individu dipercayai pasangan kekasih berhampiran tepi kolam renang di sebuah kondominium tular di media sosial pada Jumaat.

BACA: Kereta Selalu Lekat Dalam ‘Traffic Jam’ Perlu Kerap Tukar Minyak Enjin? Ini Penjelasan Pakar

Dua Lelaki Cedera, Bergaduh Rebut “Isteri Orang”

Dalam satu kejadian yang berlaku di Surabaya, Indonesia tahun lalu, dua orang lelaki dilapor cedera akibat bergaduh gara-gara berebut seorang wanita dalam kejadian di sebuah kedai kopi.

Menurut Tribun News, kedua-duanya dikatakan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Soewandi.

Bagaimanapun apa yang lebih mengejutkan, wanita itu rupanya adalah isteri seorang lelaki dari Pogot, Surabaya. Namun, hubungan mereka dikatakan berdepan masalah.

Sumber: Sinar Harian

The post “Drama” Tepi Kolam, Pasangan Kekasih Dalam Siasatan – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*