“Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik

pengasuh zayn rayyan

“Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik

Kehilangan Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia enam tahun meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang ramai khususnya kenalan rapat keluarga mangsa termasuk pengasuhnya, Auni Afiqah Abas.

Auni dalam satu temu bual ringkas berkata dia menyifatkan Zayn seorang kanak-kanak-kanak yang baik.

“Masih terasa macam tercucuk sedalam-dalamnya kehilangan dia (Zayn) sebab dia tak pernah kacau orang sekeliling sini, dengan budak lain pun dia tak pernah sentuh.

“Dengan anak-anak saya pun dia tak pernah sentuh,” luahnya sewaktu ditemui oleh Astro Awani.

Tambah Auni, sepanjang di bawah jagaannya, kanak-kanak autisme itu juga seorang yang taat dengan arahan ibunya.

“Kalau pukul 1 dia datang, mak dia akan pesan dari bawah.. Zayn, nanti naik rumah mummy Auni tidur eh.

“Saya ambil dia masuk dalam terus tidur. Saya dah siapkan tilam dia, bantal semua dah,” kata wanita itu yang memberitahu Zayn seorang yang mendengar kata.

BACA JUGA: “Sukar Nak Terima Zayn Rayyan Sudah Tiada” – Ibu

Zayn Rayyan Ditemui Meninggal Dunia

Sebelum ini, misteri kehilangan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada Selasa lalu terjawab apabila ditemui meninggal dunia.

Menurut Sinar Harian, mayat mangsa yang berusia enam tahun itu ditemui di anak sungai berhampiran kawasan kediaman sekitar jam 10 malam pada Rabu.

Difahamkan, mayat mangsa telah ditemui oleh sekumpulan penduduk yang dikatakan turun membantu pasukan penyelamat dalam operasi mencarinya.

Mangsa dikatakan telah ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarga mangsa.

Dipercayai Dibunuh

Lebih menyayat hati, kanak-kanak berusia enam tahun itu dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit, lapor Bernama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain selepas bedah siasat selesai.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemukan.

Jenazah Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada malam tadi.

Sumber: Astro Awani 

The post “Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*