Dibunuh Hanya Sebab Gaduh Tempat Parkir Kereta

Dibunuh Kerana Pertikaian Tempat Parkir Kereta

Dibunuh Hanya Sebab Gaduh Tempat Parkir Kereta

Seorang lelaki dilapor dibunuh jirannya ekoran bergaduh tentang tempat parkir kereta di kedai suspek dalam kejadian di Pak Kret Nonthaburi, Thailand minggu lalu, memetik laporan Thaiger.

Insiden tragis itu bermula apabila mangsa, 54, dikatakan berada di rumahnya dan mendapati laluannya disekat oleh kereta jiran yang diparkir di luar kedainya untuk memunggah beberapa barang.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) pada awalnya dapat dilihat kedua-dua lelaki itu saling bercakap antara satu sama yang lain.

Memetik Thaiger, suspek (jirannya), 65 tahun dikatakan akan mengalih kenderaannya sebaik sahaja urusannya (memunggah barang) selesai.

Namun, sejam kemudian mangsa dilihat kembali meletakkan kereta dan berjalan ke kedai jirannya sehingga detik pembunuhan itu berlaku apabila suspek menembak mangsa di dada.

Rakaman CCTV memaparkan tiga tembakan dilepaskan suspek menyebabkan orang lalu-lalang di situ berlari mencari perlindungan.

Namun, apabila pihak polis tiba, mereka mendapati mangsa terlentang dengan kapak di tangan.

Dibunuh Kerana Pertikaian Tempat Parkir Kereta
Kredit: The Thaiger

Menurut keterangan suspek yang didakwa membunuh dengan niat, dia mengatakan bahawa dia melihat kapak itu dan menembak mangsa untuk mempertahankan diri.

Namun, ahli keluarga mangsa menidakkan dengan menyatakan mangsa tidak mempunyai kapak seperti itu dan menuduh suspek meletakkannya pada badan mangsa selepas insiden itu berlaku.

Tidak berakhir di situ, perkara itu disangkal oleh anak perempuan suspek, 29, dengan memberitahu mangsa masuk ke dalam kedai mereka dengan membawa kapak tersebut.

Bagaimanapun, aksi mangsa membawa kapak tersebut dilaporkan tiada dalam rakaman CCTV.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua peniaga (suspek dan mangsa) dikatakan tidak pernah menghadapi masalah.

Tidak pernah melihat mangsa gunakan kapak itu – Anak mangsa

Ditambah pula dengan anak lelaki mangsa yang menggesa pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.

Malah, dia juga mendakwa suspek bertindak melampaui batas kerana sepatutnya mereka boleh berbincang dengan baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya tidak pernah melihat kapak itu sebelum ini tetapi seorang saksi memberitahu saya dia pernah melihat suspek menggunakan kapak iitu untuk memotong ais di kedainya,” jelas anak lelaki mangsa.

Manakala, seorang peguam mengiyakan dengan mengatakan sudah pasti kapak pada tangan mangsa terlepas kerana telah ditembak dua kali oleh suspek.

Jika diteliti melalui rakaman CCTV, mangsa dilihat masuk dengan tangan kosong ketika dia masuk dan mungkin langsung tidak mengugut suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penyiasat di Pak Kret, Pol Kapten Assarawut Naka berkata, beliau menyedari kebimbangan keluarga mangsa terhadap kejadian yang berlaku.

Tambah beliau, pihak polis sedang menunggu keputusan forensik mengenai kapak itu.

Sumber: The Thaiger

The post Dibunuh Hanya Sebab Gaduh Tempat Parkir Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*