Claz’room College Bekerjasama Dengan Level Infinite, Semai Bakat Dalam Industri Kreatif Digital

Kuala Lumpur, 3 Mac 2023 – Claz’room College, institusi Seni Multimedia Kreatif Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Level Infinite, sebuah jenama permainan global di bawah Tencent Games untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekaligus menyokong perkembangan bakat muda dalam industri kreatif digital Malaysia.

Memorandum Persefahaman (MOU) itu telah ditandatangani pada 1 Mac lalu sebagai simbol kerjasama kedua-dua organisasi dalam memberi komitmen menyediakan kurikulum, bimbingan dan pengalaman praktikal buat bakat muda untuk meneruskan kerjaya dalam industri seni multimedia kreatif.

Penerbit PUBG MOBILE itu akan menghantar profesional kreatif bagi membimbing dan melatih para pelajar dalam penghasilan seni multimedia selain berkongsi pengalaman serta pengetahuan mengenai kemahiran diperlukan agar kekal kompetitif dalam industri tersebut.

“Kerjasama antara Claz’room College dan Level Infinite ini merupakan langkah bersejarah, dan kami teruja untuk mengumumkannya. Anak muda kreatif dalam kominiti kita akan mempunyai akses kepada peluang yang tidak terkira,” kata Pengarah Urusan, Yang Ning Tung.

Menerusi kerjasama ini, Level Infinite akan memberi peluang kepada para pelajar di Claz’room untuk menyerlahkan bakat mereka. Sebahagian karya seni terpilih akan dimasukkan ke dalam permainan mobil PUBG dan pelajar tersebut akan menerima kredit sekaligus mempromosikan hasil kerja mereka kepada dunia.

Bukan itu sahaja, Level Infinite turut menyediakan kuota latihan amali buat pelajar Claz’room bagi memupuk bakat dalam industri kreatif digital tempatan yang dinamik.

“Bakat tempatan kita mempunyai potensi yang cukup besar dan kami ingin mempertingkatkan bakat ini dalam industri. Dengan kerjasama ini, kami berhasrat untuk menyumbang kepada komuniti melalui kerjasama dengan Claz’room College untuk menyediakan aktiviti mengujakan buat pelajar serta orang ramai,” ujar Eugene Chin, Pengurus Level Infinite Cawangan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penerbitan Tencent Game Asia Tenggara, Oliver Ye berkata, “Kami sentiasa meletakkan matlamat untuk menjadikan permainan PUBG sebagai permainan yang rakyat Malaysia boleh nikmati. Kolaborasi ini akan membantu memupuk para pelajar Claz’room dengan pengalaman praktikal PUBG Mobile, menjadikannya bukan sahaja permainan yang dicipta untuk orang Malaysia, tetapi dicipta oleh rakyatnya.”

Antara aktiviti yang dirancang hasil kerjasama ini adalah Bengkel 3D Zbrush Sculpting pada 25 Mac ini di Claz’room College. Peserta akan mempelajari proses penghasilan model 3D daripada pencipta PUBG Mobile diikuti demonstrasi percetakan 3D. Pendaftaran bagi bengkel tersebut masih dibuka dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar di sini.

The post Claz’room College Bekerjasama Dengan Level Infinite, Semai Bakat Dalam Industri Kreatif Digital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*