Didakwa Baru Lepas “Break”, Lelaki Nekad Tembak Bekas Kekasih Tiga Kali Dalam Tadika

tembak tiga kali bekas kekasih

Didakwa Baru Lepas “Break”, Lelaki Nekad Tembak Bekas Kekasih Tiga Kali Dalam Tadika

Seorang lelaki bertindak ganas dengan menembak bekas teman wanitanya yang merupakan seorang guru tadika di wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand sebanyak tiga kali.

Memetik The Thaiger, lelaki itu dilaporkan telah menembak guru wanita tersebut sebanyak dua kali di bahagian dada dan sekali di perutnya, di tadika tempat dia mengajar.

Seorang saksi, kontraktor pengubahsuaian sekolah, berkata dia terdengar bunyi tembakan dan terus bergegas ke arah bunyi tersebut.

Dia kemudiannya mendapati bahawa guru tersebut telah terbaring berhampiran pintu depan tadika.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Ketika ditemui, guru tersebut masih boleh bercakap dan memberitahunya bahawa penembak merupakan bekas teman lelakinya dan mereka dikatakan baru sahaja putus.

Pasukan penyelamat membawa guru tadika yang berusia sekitar 25 hingga 30 tahun ke Hospital Udon Thani.

Polis yang sudah berjaya mengenal pasti suspek memberitahu bahawa mereka menjangkakan penangkapan akan dibuat tidak lama lagi, lapor Thai Rath.

Malangnya kes ini bukanlah insiden keganasan pertama yang dilakukan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Nong Bua Lamphu.

Pada Oktober tahun lalu, seorang lelaki melakukan pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat di Thailand di sebuah taska di Nong Bua Lamphu.

Pelaku telah membunuh 37 orang secara keseluruhan termasuk 24 kanak-kanak di bawah umur enam tahun ketika mereka sedang tidur tengah hari.

Kemudian, pelaku meneruskan pembunuhannya sewaktu dalam perjalanan pulang, di mana dia membunuh isteri dan anaknya sebelum bertindak membunuh diri.

Kisah keganasan yang membabitkan pasangan yang berang terhadap bekas pasangan sering menjadi tajuk utama berita jenayah di Thailand.

Pada Oktober tahun lalu juga, seorang lelaki ditahan selepas dia didakwa membunuh isterinya dengan tukul di sebuah rumah di wilayah Nonthaburi.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia dan isterinya mabuk, dan merasa curiga bahawa isterinya menjalin hubungan sulit. Dia mencurigai isterinya kerana mahu balik ke kampungnya tanpa diikuti lelaki tersebut.

Menurut keterangan lelaki berkenaan, dia bertindak mencapai tukul kemudian menghayun ke arah isterinya dalam keadaan marah.

Sumber: The Thaiger

The post Didakwa Baru Lepas “Break”, Lelaki Nekad Tembak Bekas Kekasih Tiga Kali Dalam Tadika appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*