Bapa Bintang Liverpool, Luis Diaz Akhirnya Dibebaskan Penculik

Bapa Luis Diaz

Bapa Bintang Liverpool, Luis Diaz Akhirnya Dibebaskan Penculik

Bapa pemain bola sepak Liverpool kelahiran Colombia, Luis Diaz dilaporkan telah dibebaskan oleh gerila sayap kiri yang menculiknya pada 13 hari lalu, lapor BBC.

Luis Manuel Diaz dilaporkan selamat diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pegawai gereja Katolik oleh anggota Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN).

Sebelum ini, dia dilaporkan telah diculik pada 28 Oktober lalu di kampung halaman keluarga itu di Barrancas.

Difahamkan, ibu kepada pemain bola sepak itu turut diculik namun dibebaskan beberapa jam kemudiannya.

Media tempatan melaporkan bahawa Diaz telah dibawa menaiki helikopter tentera ke bandar Valledupar untuk menjalani pemeriksaan sebelum dikembalikan kepada keluarganya.

Kredit AFP

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa Diaz berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan tiada tanda penganiayaan dijumpai pada badannya.

Ahli keluarga pakai jersi Liverpool sambut kepulangan

Kebanyakan ahli keluarga itu dilihat memakai baju pasukan Liverpool yang bernombor jersi 23 dan nama Luiz Diaz.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu TNT Sports bahawa pemain bola sepak itu ‘sangat gembira’ dengan berita itu.

“Kami gembira dengan berita bapa (Luis Diaz) selamat pulang dan kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan dia diselamatkan,” kata kelab itu di laman X.

Luis Alfonso Diaz, sepupu kepada bapa pemain bola sepak itu memberitahu Caracol Radio bahawa dia ‘beremosi’ selepas mengetahui berita kepulangan tersebut.

“Kami berasa sangat lega, kami gembira kerana ia telah berakhir,” tambahnya.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Selain itu, Presiden Colombia, Gustavo Petro menerusi muat naik di laman X miliknya turut lega mendengar berita itu.

Long live Freedom and Peace,” tulis Gustavo menerusi muat naik tersebut.

Persekutuan Bola Sepak Colombia dalam satu kenyataannya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab atas pembebasan itu.

“Bola sepak adalah kunci kepada keamanan. Jangan sesekali mencuba untuk merosakkannya,” kata Persekutuan Bola Sepak Colombia.

Sumber: BBC

The post Bapa Bintang Liverpool, Luis Diaz Akhirnya Dibebaskan Penculik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*