Didakwa Paksa Sarah Ditidurkan: ‘Tuduhan Ini Melampau’ – Shuib

tuduhan shuib sarah

“Tuduhan ini melampau!” demikian kata pelawak dan penyampai radio, Shuib apabila dituduh ‘membunuh’ isterinya, Allahyarham Siti Sarah dengan cara memaksanya untuk ditidurkan, lapor Sinar Harian.

Individu yang membuat tuduhan itu juga turut mendakwa bahawa pelawak berusia 38 tahun tersebut merupakan ahli Freemason namun kenyataan itu ditegah oleh Shuib.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memilih untuk bersuara selepas individu berusia 35 tahun itu mengaitkan isterinya.

“Apabila orang tuduh saya sebagai ahli Freemason, saya rasa b***h sangat (kenyataan itu) dan tuduhan yang tidak berasas. Jadi pada awalnya saya abaikan sahaja.

“Apa yang menjadi penyebab saya bersuara bila mereka libatkan nama arwah Siti Sarah. Tuduhan ini melampau! Tentulah saya marah, sebab orang yang saya sayang tak ada dan nampak macam saya yang membunuh isteri saya.

“Saya tahu perjalanan isteri saya sebelum masuk hospital sampailah saya lihat dia dalam beg plastik mayat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri pada Selasa.

BACA: “Nama Dah La Panjang”, Shuib Akui Berdebar Nak Sebut Nama Penuh Watie

Shuib maafkan individu tersebut

Kredit: Sinar Harian

Pun begitu, Shuib membuat keputusan untuk memaafkan tindakan lelaki tersebut selepas dia berani untuk bersua muka dengannya pada hari ini.

“Saya maafkan awak, saya doakan awak dan harap isu ini tidak mengganggu kerjaya dan keluarga awak.

“Awak berani angkat telefon, berani datang hari ini, kira awak gentle lah,” ujarnya.

Mereka kemudiannya bersalaman sesama sendiri.

Individu tuduh, dakwa Shuib ‘bunuh’ Sarah

Sebelum ini, lelaki tersebut meninggalkan komen di Facebook mengenai Freemason dan Siti Sarah.

Kenyataan itu mendakwa bahawa Shuib merupakan ahli Freemason dan sanggup mengorbankan isterinya dengan cara memaksa untuk ditidurkan.

“Tak sangka eh bekas mat kilang “Ahli F” (merujuk kepada Ahli Freemason) juga… Pasal arwah SS (Siti Sarah) pun kita tahu dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ini nak buktikan pada ibu-ibu mengandung di luar sana yang kalau kau tak cucuk vaks (vaksin), kau berisiko tinggi untuk mati… dan benda itu viral dan berduyun-duyun ibu mengandung yang pergi cucuk. F gunakan artis yang duduk di bawah mereka untuk promosi vaksin, tak boleh ingkar waima ada ahli keluarga sendiri yang perlu dijadikan korban,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, usahawan tersebut juga dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu yang bersikap biadab dengan fitnah yang melampau.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata beliau sudah mengetahui latar belakang lelaki tersebut dan peguamnya akan menghantar surat kepada lelaki itu.

“Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu.

Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja,” ujarnya.

Jelasnya, beliau mahu tindakan undang-undang diambil supaya ia dapat memberi pengajaran kepada orang ramai selain berharap perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Sumber: Sinar Harian

The post Didakwa Paksa Sarah Ditidurkan: ‘Tuduhan Ini Melampau’ – Shuib appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*