Ini Cara Netflix Nak Sekat Amalan Kongsi Kata Laluan

cara netflix sekat kata laluan

Ini Cara Netflix Nak Sekat Amalan Kongsi Kata Laluan

Netflix telah mendedahkan perincian rancangannya bagaimana untuk menyekat amalan perkongsian kata laluan dalam kalangan penggunanya.

Berdasarkan kemaskini pada bahagian Help Center di laman webnya, Netflix berkata hanya akaun di dalam satu isi rumah sahaja yang dibenar untuk dikongsi. Bagi memastikan peranti-peranti yang diguna terkait dengan lokasi utama langganan, Netflix akan meminta pengguna menyambung peranti itu ke sambungan WiFi yang sama setiap bulan.

Bagi peranti isi rumah yang tidak digunakan di dalam rumah yang sama, pengguna perlu mempunyai kod sementara untuk akses masuk. Kod berkenaan akan memberikan akses selama tujuh hari kepada pengguna yang berada di luar kawasan isi rumah.

Difahamkan, Netflix akan mengarahkan pengguna yang cuba mengakses akaun Netflix di lokasi berbeza dari lokasi utama langganan untuk membuat langganan sendiri.

Setakat ini, cara Netflix mahu sekat amalan kongsi kata laluan ini tidak boleh dilihat oleh pengguna yang berada di luar pasaran Amerika Syarikat dan Kanada. Ini menjadi petanda bahawa Netflix mungkin menguatkuasa peraturan baru itu hanya untuk pasaran Amerika Utara.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh The Streamable pula, freeloading user juga boleh memindahkan profile mereka ke akaun baharu. Mereka juga tidak akan kehilangan tetapan terdahulu seperti fitur Pilihan, Suka, Tidak Suka dan data peribadi yang lain.

Perkongsian kata laluan punca jumlah langganan Netflix merosot

Sebelum ini. syarikat tersebut berkata pihaknya akan mengenakan caj tambahan terhadap pelanggan yang berkongsi akaun Netflix bermula 2023. Skim baharu ini merupakan salah satu cara mengawal aktiviti perkongsian kata laluan yang menjadi barah terhadap syarikat tersebut.

Perubahan ini dibuat susulan Netflix merekodkan keuntungan yang lebih rendah selain jumlah langganan yang semakin merosot. Syarikat itu menanggung kerugian kira-kira  $6 bilion (RM28.42 bilion) setahun akibat amalan tersebut.

Masalah ini dilihat sampai kemuncaknya apabila syarikat penstriman tersebut kehilangan lebih daripada sejuta pelanggan pada tahun lepas.

Selain mengenakan caj perkongsian, Netflix juga dijangka akan memperkenalkan plan lebih murah namun mengandungi iklan untuk penggunanya.

BACA: Netflix Dilapor Bakal Tamatkan ‘Amalan’ Perkongsian Kata Laluan Bermula 2023

Sumber: GSM Arena

The post Ini Cara Netflix Nak Sekat Amalan Kongsi Kata Laluan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*