Didapati Bersalah Hina Institusi Diraja, Pengguna Facebook Dipenjara Enam Bulan

Didapati Bersalah Hina Institusi Diraja, Pengguna Facebook Dipenjara Enam Bulan

Seorang pengguna Facebook telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan didenda RM10,000 selepas didapati bersalah menghina institusi diraja.

Dalam satu hantaran di laman X, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan dua pertuduhan telah dibuat di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur terhadap seorang pemilik akaun Facebook semalam.

Jelasnya, pertuduhan itu dibuat di bawah perenggan 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana tertuduh mengeluarkan kenyataan bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dengan menghina institusi diraja.

Selain itu, tertuduh (47) yang merupakan seorang penganggur juga gagal memberikan kerjasama dengan memberikan kata laluan ketika diminta.

“Tertuduh juga dituduh di bawah seksyen 249 Akta 588 kerana gagal memberi kata laluan untuk capaian kepada data berkomputer apabila diminta.”

Menurut hantaran berkenaan, tertuduh telah mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Susulan itu, individu terbabit telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan dari tarikh hukuman bagi pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan kedua pula. tertuduh perlu membayar denda berjumlah RM10,000 dan apabila gagal membuat bayaran, tertuduh akan dipenjara 3 bulan.

Pada akhir hantaran ini, AGC menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak berkompromi berkenaan isu penghinaan institusi diraja menerusi media sosial.

“Jabatan ini memandang serius hantaran-hantaran (postings) di media sosial yang boleh membawa kepada penghinaan institusi diraja,” katanya.

Pemilik Facebook Dipenjara dan Didenda Buat Hantaran Hina Institusi Diraja

Semalam, Hakim N. Priscilla Hemamalini telah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, selaku Orang Kena Saman (OKS) bermula hari perbicaraan.

Menurut Bernama, tertuduh yang telah memakai jaket dan kopiah hitam dilihat membaca al-Quran sebelum prosiding bermula.

Dalam perbicaraan tersebut, tertuduh tidak diwakili peguam dan memohon hukuman ringan atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Antara alasannya adalah, tertuduh merupakan seorang penganggur dan perlu menjaga ibu yang sakit di kampung. Individu tersebut juga perlu membantu bapa saudaranya yang buta ke hospital untuk mengambil ubat.

BACA: Jadi Kegilaan Ramai, Menu Ais Panggang Bersalut Kuah & Rempah ‘Laku Keras’ Di China

Sumber: @AGCPutrajaya via X, Bernama

The post Didapati Bersalah Hina Institusi Diraja, Pengguna Facebook Dipenjara Enam Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*