Rayuan Individu Layak Terima eMadani Tapi Permohonan Ditolak Sedang Dipertimbang – Ahmad Maslan

individu emadani ditolak

Rayuan Individu Layak Terima eMadani Tapi Permohonan Ditolak Sedang Dipertimbang – Ahmad Maslan

PONTIAN — Rayuan individu yang layak menerima kredit eMadani tetapi permohonannya ditolak sedang dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, pengumuman mengenai rayuan eMadani tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Jelasnya, keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMadani sukar dimohon dan rayuan akan mengutamakan kelompok penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) didengar oleh Kerajaan.

“Pada Rabu lepas, Kementerian Kewangan adakan mesyuarat berhubung eMadani yang dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya juga menghadiri mensyuarat itu bersama Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican. Kerajaan akan buat pengumuman seterusnya mengenai rayuan ini dalam sedikit masa lagi,” maklumnya.

Ahmad Maslan berkata demikian sewaktu sidang akhbar selepas melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut di sini, pada hari ini.

Tambahnya, bagi memperbaiki kelompangan permohonan tersebut, perbandingan data juga akan dilakukan antara jumlah penerima STR dan eMadani.

individu emadani ditolak
Gambar: Sinar Harian

“Dalam senarai STR terdapat seramai 8.7 juta penerima. Ada penerima STR ini yang tidak dapat memohon eMadani, mereka adalah kumpulan utama yang akan kita pertimbang rayuan.

“Ada di antara individu yang menerima eMadani tidak menerima STR. Bagaimanapun kita akan utamakan mereka yang dapat STR untuk turut sama menerima eMadani” katanya lagi.

BACA JUGA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia

Dalam pada itu, selepas tempoh pembayaran kredit itu dibuka pada Isnin lalu, beliau berkata permohonan yang diterima terhadap eMadani cukup tinggi.

“Permohonan eMadani amat mengujakan kerana tempoh eMadani ialah dua bulan tetapi dalam tempoh beberapa hari ramai rakyat telah memperolehnya.

“Ini perkara baru, menunjukkan bagaimana rakyat memerlukan dan ramai yang sudah memiliki empat aplikasi tersebut. Permohonan menerusi aplikasi Touch n Go adalah paling tinggi,” ujarnya lagi.

Program eMadani 

Terdahulu, syarat dan permohonan eMadani bernilai RM100 mendapat pelbagai maklum balas daripada kalangan rakyat.

Untuk makluman, Program eMadani dilancarkan bagi memperkembangkan lagi kaedah e-dompet bagi ekonomi digital.

Bukan itu sahaja, ia bagi membantu rakyat dan dapat meningkatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat.

Sumber: Sinar Harian

The post Rayuan Individu Layak Terima eMadani Tapi Permohonan Ditolak Sedang Dipertimbang – Ahmad Maslan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*