Diejek Rakan Sekolah Kerana Hodoh, Wanita Nekad Habiskan Lebih 400k Buat Pembedahan Plastik

Habiskan Lebih 400k Buat Pembedahan Plastik

Diejek Rakan Sekolah Kerana Hodoh, Wanita Nekad Habiskan Lebih 400k Buat Pembedahan Plastik

Seorang bintang media sosial Jepun, Todoroki yang berusia 30 tahun atau dikenali sebagai idola pembedahan plastik dilaporkan telah membelanjakan lebih 13 juta yen (RM400,000) untuk pembedahan plastik sejak sedekad lalu.

Dalam satu video bertajuk 整形アイドル轟ちゃん (Idola Pembedahan Plastik Todoroki) yang disiarkan di Youtube, Todoraki merupakan salah seorang vlogger yang bukan sahaja memfokuskan pada topik yang dilarang di negara asalnya tetapi juga berkongsikan pengalaman ketika menjalani pembedahan.

Memetik Oddity Central, Todoroki telah menjalani berpuluh-puluh prosedur pembedahan plastik sejak dia berumur 18 tahun lagi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Walaupun Todoroki mendakwa bahawa dia tidak menyesal tentang perjalanan pembedahan plastiknya setakat ini, dia tidak menyembunyikan fakta bahawa terdapat satu pembedahan yang menyebabkan bibir atasnya kebas.

Todoroki dikatakan mula melakukan pembedahan plastik ketika di sekolah menengah apabila rakannya mula mengusiknya terhadap penampilannya dan memanggilnya hodoh.

Pada mulanya, dia berfikir ia adalah kerana sikapnya yang pemalu dan hobinya, tetapi dia mula sedar ketika melihat dirinya yang lebih hodoh daripada rakan-rakannya.

Selepas mengambil beberapa gambar dengan rakan sekerja dan melihat dirinya di dalam gambar, Todoroki terkejut dan berkata dirinya sangat hodoh berbanding orang lain, lapor Oddity Central.

Wanita berusia 30 tahun itu turut berkata walaupun kebanyakan individu melakukan pembedahan plastik untuk menjadikan diri mereka lebih menarik, dia melakukannya untuk kelihatan normal.

Todoroki mula menjalani pembedahan plastik pertamanya pada usia 18 tahun selepas berjaya meyakinkan ibu bapanya untuk menandatangani surat kebenaran.

Gambar: Instagram Todoroki.sk

Pada mulanya, keluarga Todoroki tidak bersetuju, tetapi akhirnya mereka bersetuju dan memahami kemahuannya itu. Sejak itu, dia mula menjalani berpuluh-puluh pembedahan plastik yang lain.

Selain itu, dia juga mendakwa bahawa dia telah membelanjakan lebih 13.5 juta yen (RM450,000) untuk pembedahan plastik.

Todoroki ialah salah seorang pempengaruh pembedahan plastik yang terkenal di Jepun dan mempunyai hampir 406,000 pengikut di Youtube.

Walaupun pembedahan plastik masih tidak diterima secara meluas di negaranya, wanita tersebut percaya bahawa satu hari nanti budaya pembedahan plastik akan menjadi terkenal di Jepun, seperti yang berlaku di Korea Selatan.

Gambar: Instagram Todoroki.sk

“Bagi saya, pembedahan plastik adalah penawar untuk menerima diri saya, saya mendapat keyakinan bahawa saya semakin normal,” kata Todoroki dalam temu bual dengan Majalah Oricon.

“Tetapi tidak semuanya pembedahan plastik berjalan lancar. Saya pernah mengalami kegagalan dan saya rasa bercakap secara terbuka tentang pembedahan plastik adalah sangat penting,” katanya.

Dalam saluran Youtube Todoroki, dia berkongsikan tentang transformasi pembedahan plastiknya, kesakitan yang ditanggungnya serta masa untuk pulih.

Todoroki sentiasa terbuka untuk berkongsikan pengalaman pembedahan plastiknya dan cuba membantu orang ramai membuat keputusan yang betul mengenai penampilan mereka dan bukannya hanya untuk mempromosikan pembedahan plastik.

Sumber: Oddity Central

The post Diejek Rakan Sekolah Kerana Hodoh, Wanita Nekad Habiskan Lebih 400k Buat Pembedahan Plastik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*