Jalan Petaling Diiktiraf Jalan Keenam Paling Menarik Di Dunia

jalan petaling keenam menarik dunia

Jalan Petaling Diiktiraf Jalan Keenam Paling Menarik Di Dunia

Jalan Petaling di Kuala Lumpur berjaya tersenarai antara 10 jalan paling menarik di dunia dalam senarai yang diterbitkan oleh majalah global, Time Out, baru-baru ini.

Menurut Time Out, Jalan Petaling berada di tangga keenam dan menjadi satu-satunya jalan di Asia Tenggara yang berjaya memasuki senarai tersebut.

Dalam laporan CNN, Time Out mengambil kira beberapa kriteria sebelum merumuskan 10 kedudukan teratas Jalan Paling Menarik Di Dunia.

Kriteria-kriteria yang diambil kira antaranya adalah seperti jumlah restoran, kafe, bar dan barang-barang jualan yang tidak didapati di lokasi lain.

Time Out juga turut mengambil kira faktor budaya dan tarikan pada waktu malam yang ditawarkan di jalan-jalan berkenaan.

Jalan Petaling muncul jalan keenam paling menarik di dunia

Time Out berkata, walaupun Jalan Petaling mungkin antara laluan tertua di Kuala Lumpur (KL), namun jalan berkenaan tetap hidup dengan pelbagai aktiviti dan ragam dunia moden.

Selain menjadi lokasi kepada kuil tertua di KL, Jalan Petaling juga merupakan lokasi utama restoran-restoran yang dikunjungi penggemar kepada pelbagai juadah tempatan yang enak-enak.

Antara tarikan utama di Jalan Petaling tentunya Chinatown dimana para pengunjung boleh membeli pelbagai cenderahati yang sukar ditemui di lokasi-lokasi lain.

Dalam pada itu, High Street di Melbourne, Australia muncul sebagai jalan paling menarik di dunia dalam terbitan kali ini.

Menurut Time Out, jalan berkenaan terkenal dengan pelbagai aktiviti dan hidup 24 jam. Di sana, pengunjung boleh menemui pelbagai restoran yang menawarkan makanan-manakan di serata dunia. Selain itu, jalan berkenaan juga tidak lekang dengan pelbagai aktiviti seni dan hiburan.

Jalan di Barcelona, Buenos Aires dan Tokyo turut tersenarai

Manakala kedudukan kedua pula dihuni oleh Hollywood Road di Hong Kong. East Eleventh di Austin di Amerika Syarikat muncul sebagai jalan ketiga paling menarik di dunia.

Posisi keempat dan kelima diisi oleh Guatemala Street, Buenos Aires di Argentina dan Commercial Drive, Vancouver di Kanada.

Melengkapi senarai 10 teratas adalah Rua da Boavista, Lisbon di Portugal (7), Arnaldo Quintela, Rio de Janeiro di Brazil (8), Chazawa-dori, Tokyo di Jepun (9) dan Consell de Cent, Barcelona di Sepanyol (10).

BACA: 10 Gajet ‘Jatuh’ Harga Sepanjang Ramadan, Berbaloi Beli Untuk Raya

Sumber: Time Out

The post Jalan Petaling Diiktiraf Jalan Keenam Paling Menarik Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*