Digelar ‘Ibu Senyap’, Wanita Hanya Cakap Sejam Sehari Sejak 1990

wanita bercakap sejam sehari

Digelar ‘Ibu Senyap’, Wanita Hanya Cakap Sejam Sehari Sejak 1990

Seorang wanita berasal dari India yang membuat ikrar untuk diam atau ‘maun vrat’ dilapor hanya bercakap sejam sehari sejak awal 1990-an.

Ekoran ikrar tersebut, warga emas berkenaan mendapat jolokan ‘Mauni Mata’ (ibu senyap) oleh penduduk setempat.

Kisah wanita tersebut, Saraswati Devi, 85, mencuri perhatian ramai selepas dia bersetuju untuk membebaskan diri dari ikrar yang dipegang sejak 30 tahun lalu.

Ikrar wanita yang menetap di Karmatand, Dhanbad itu dikatakan akan terlerai apabila sebuah kuil baharu yang sedang dibina di kampungnya siap pada 22 Januari ini.

Menurut India Today, Saraswati Devi sebelum ini berikrar untuk  ‘diam’ susulan struktur kuil dikampungnya dirobohkan pada awal 1990-an.

Digelar ibu senyap, wanita cuma cakap sejam sehari sejak 1990

Berdasarkan ikrar tersebut, wanita itu berjanji hanya bercakap kembali apabila sebuah kuil baharu dibina semula.

Sungguhpun begitu, wanita tersebut dikatakan akan ‘berehat’ selama sejam setiap hari dan bercakap dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, dia kembali kepada ikrar diam sepenuhnya pada 2020 selepas Perdana Menteri India, Narenda Modi merasmikan pecah tanah pembinaan kuil baharu tersebut.

Oleh itu, keputusan dia untuk meleraikan ikrar berkenaan apabila kuil baharu berkenaan siap kelak memberikan kelegaan kepada keluarganya.

Ahli keluarganya difahamkan telah lama menantikan saat tersebut, iaitu detik-detik dimana mereka dapat mendengar semula suara warga emas itu.

Telah memegang ikrar untuk tidak bercakap selama 30 tahun

Selama berada dalam ikrar diam ini, wanita ini difahamkan hanya berkomunikasi dengan menggunakan tulisan pada kertas.

Dalam pada itu, wanita itu turut menyatakan rasa kagum terhadap Narendra Modi dan Yogi Adityanath atas pembinaan kuil itu.

Menurut India Today lagi, pihak kuil juga memberi jemputan khas kepada wanita itu dan keluarganya untuk hadir ke majlis pembukaan kuil tersebut nanti.

Ahli keluarga wanita tersebut dikatakan sangat gembira apabila menerima jemputan berkenaan.

Mereka menganggap jemputan berkenaan sebagai satu penghargaan ke atas dedikasi ditunjukkan Saraswati Devi selama ini.

BACA: ‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya

Sumber: India Today

The post Digelar ‘Ibu Senyap’, Wanita Hanya Cakap Sejam Sehari Sejak 1990 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*