Dilengkapi TV dan “Aircond”, Pemuda Belanja Lebih RM18,000 Bangunkan Replika Helikopter Nuri

Replika helikopter nuri

Dilengkapi TV dan “Aircond”, Pemuda Belanja Lebih RM18,000 Bangunkan Replika Helikopter Nuri

Replika helikopter nuri bernilai lebih RM18,000 didirikan sekumpulan anak muda di Kampung Charok Salang, Kedah hasil wang simpanan sendiri dan sumbangan penduduk bagi menghangatkan suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) berjaya menarik perhatian ramai, lapor Sinar Harian.

Muhammad Baihaki Ishak, 30, yang merupakan penggerak badan bukan kerajaan dikenali sebagai Gerak Amal Bersama berkata, replika itu didirikan bersama enam lagi rakannya.

Ia didirikan untuk menghadapi PRN Kedah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang.

Kredit Sinar Harian

Menurutnya, replika yang disiapkan dalam tempoh tujuh bulan berketinggian 10 meter dan lebar dua meter tersebut telah tular dan menarik perhatian masyarakat.

Bukan sahaja penduduk setempat, malah ia juga menarik perhatian masyarakat dari negeri sekitar seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan juga Terengganu.

“Idea untuk mencipta replika helikopter ini datang daripada abang sulung, Muhammad Zuhud Ulia yang bekerja sebagai tukang rumah.

“Kos keluar duit pada awalnya sebanyak RM18,000 tapi jika bagi kos pembuatan termasuk membeli casis lori dan bahagian dalam replika, kos keseluruhan mungkin telah lebih RM20,000,” katanya semasa ditemui di Kampung Charok Salang dekat sini baru-baru ini. 

Seorang lagi pemuda dikenali sebagai Ahmad Lutfi Ishak, 21, berkata bahawa ketujuh-tujuh mereka mempunyai tugasan masing-masing.

Tugasan dibahagikan bagi tujuan pemasangan bahagian luar dan badan serta enjin replika helikopter tersebut.

Replika turut dilengkapi dengan penyaman udara dan televisyen

Tambahnya, replika yang dilengkapi penyaman udara itu turut dipasangkan lampu.

Replika itu dikatakan lebih cantik pada waktu malam kerana diterangi dengan cahaya lampu.

Selain itu, replika tersebut turut dipasang dengan sebuah televisyen, tempat duduk juruterbang dan generator.

Replika tersebut juga mampu memuatkan sehingga 10 orang pengunjung dalam satu-satu masa.

“Bahagian paling susah pula untuk siapkan replika ini adalah memasang wayar elektrik di dalamnya,” ujarnya yang mengakui teruja dengan kehadiran ramai pengunjung sejak beberapa hari lalu.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Seorang pengunjung, Salleh Yusof, 63, dari Sungai Petani berkata kewujudan replika itu diketahuinya melalui cakap-cakap daripada rakan-rakannya.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk melihat dengan matanya sendiri replika yang menjadi buah mulut tersebut.

“Pereka-pereka dia kreatif dan mempunyai idea. Saya rasa ini satu perkara yang baik dapat menarik, daripada orang tak kenal kampung ini jadi kenal. Jadi kebanggaanlah pada kampung ni,” ujar pesara kerajaan itu.

Sumber: Sinar Harian

The post Dilengkapi TV dan “Aircond”, Pemuda Belanja Lebih RM18,000 Bangunkan Replika Helikopter Nuri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*