Dipercayai Keletihan, Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

maut lari dalam guni

Dipercayai Keletihan, Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

Satu video yang memaparkan kejadian seorang wanita rebah sebelum maut ketika menyertai acara lari dalam guni tular di media sosial Indonesia.

Memetik Suara.com, kejadian itu dilaporkan berlaku di Jambi ketika sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-78 pada 17 Ogos lalu.

Video yang menunjukkan kejadian gempar itu berjaya dirakam dan menjadi bualan hangat pengguna media sosial.

Dalam video berdurasi 43 saat yang dikongsikan pengguna TikTok @indojatipos_video, wanita tersebut dilihat memakai kemeja putih dan seluar serta bertudung serba hitam.

Dia dan seorang lagi wanita dikatakan merupakan peserta pertama yang memulakan acara sukan tersebut.

Wanita itu dengan bersemangat telah berlari ke garisan penamat di belakang peserta pasukan lawan.

Namun, selepas dia membuka guni yang dipakainya, dia kemudiannya secara tiba-tiba telah jatuh pengsan.

Penduduk yang menghadiri acara itu turut terkejut dan hanya mengesyaki bahawa wanita itu hanya pengsan.

Mereka kemudiannya telah bertindak membawanya ke Pusat Kesihatan Tamiai untuk tujuan rawatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia

Bagaimanapun, pada pukul 16.30 WIB, wanita itu telah disahkan meninggal dunia oleh pusat kesihatan tersebut.

Kejadian itu telah disahkan oleh Polis Batang Merangin dan mendedahkan bahawa wanita itu adalah seorang suri rumah yang berusia 39 tahun.

Mangsa dilaporkan merupakan warga Desa Tamiai, Kecamatan Batang Merangin, Kabupaten Kerinci, Jambi.

Mangsa mengikuti acara lari dalam guni di Padang PSTM Desa Tamiai pada Khamis lalu pada jam sekitar 15.30 WIB. Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana keletihan.

Muat naik perkongsian video tersebut segera mendapat perhatian warganet.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Semoga Husnul Khatimah. Begitulah ajal datang disaat tak terduga dan tidak mengenal kita dalam keadaan apa sekalipun,” tulis seorang netizen.

“Jangan salahkan acaranya. Tapi mungkin tahap kesihatan beliau agak kurang dan itu sudah takdirnya,” tulis seorang lagi netizen.

“Innalillahi Ya Allah, moga Husnul Khotimah ya Allah, Aminn,” tulis seorang netizen yang mendoakan mangsa.

@indojatipos_video

Allfatihah..seorang Ibu rmah tangga di kerinci, Tamiai mengikuti lomba pacu karung terjatuh lalu..tutup usia. . Baca berita di indojatipos.com #hutri78 #indojatipos #indojatipos #kerinci #sungaipenuh #HUTRI78 #jambi

♬ suara asli – Indojatipos – Indojatipos

Sumber: Suara.com, TikTok@/indojatipos_video

The post Dipercayai Keletihan, Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*