Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau

maut dibaham harimau

Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau

Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai menjadi mangsa seekor harimau sewaktu sedang menoreh di Kampung Meranto, Gua Musang semalam, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berumur 22 tahun mengalami kecederaan luka dan berdarah pada bahagian belakang leher.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang menoreh bersama isterinya di kebun tersebut sebelum diserang pak belang berkenaan.

“Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Gua Musang dan dipercayai meninggal dunia semasa sedang mendapatkan rawatan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sehingga kini siasatan masih dijalankan.

BACA JUGA: ‘Pak Belang’ Ditemui Mati Dilanggar Treler Di Lebuhraya Utara Selatan

Katanya lagi, pemasangan kamera dan perangkap harimau juga diteruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai langkah mengesan dan menangkap haiwan tersebut.

Mangsa Pertama Pak Belang Ditemui Di Kebun Getah

Sebelum ini, seorang lelaki dipercayai dibaham pak belang selepas ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya menemukan mangsa di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata pada jam 9.30 pagi, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan cebisan anggota tubuh mangsa terbabit.

BACA JUGA: Perhilitan Lapor Polis Terhadap Individu Cabut Misai Harimau Belang

“Kami telah gerakkan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kerjasama JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Gua Musang dan penduduk setempat.

“Hasil operasi telah menemui cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba,” ujarnya kepada pemberita semalam.

Katanya lagi, kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama, anggota penyelamat telah menemui cebisan badan serta sebahagian kaki mangsa.

Sumber: Sinar Harian

The post Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*