Gunung Washington Rekod Suhu Angin Paling Sejuk

gunung washington suhu paling sejuk

Gunung Washington Rekod Suhu Angin Paling Sejuk

WASHINGTON — Suhu angin paling sejuk berjaya direkodkan di puncak tertinggi, Gunung Washington di Timur Laut Amerika Syarikat, Jumaat lalu.

Memetik FoxWeather, gunung tersebut mencatatkan rekod suhu angin sejuk pada -47 darjah Celsius (108 Fahrenheit) dengan kelajuan angin mencecah 143 km/j (89 mph).

Menurut Kakitangan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Gray dan Maine sewaktu perbincangan ramalan baru-baru ini, fenomena luar biasa itu tidak pernah dilihat sepanjang hayat mereka.

Gambar: Fox Weather

“Kami sedang merekodkan suhu 850mb terendah yang diperhatikan di GYX pada malam ini -35.5 darjah Celsius. Walaupun kami tidak pasti sama ada puncak itu berada pada stratosfera atau tropopaus.” kata agensi itu menerusi Twitter.

Tambahan lagi, nilai suhu angin di Frenchville juga mencapai -61 darjah.

BACA JUGA: Beijing & Seoul Catat Suhu Terendah, Dilanda Gelombang Sejuk Dan Salji Lebat

Sementara itu, Ahli Meteorologi di Balai Cerap Gunung Washington, Francis Tarasiewicz berkata, dia dan pasukannya mengesan perbezaan lapisan atmosfera di lokasi berkenaan.

Memetik Laporan The Washington Post, mereka telah menjelajah ke gunung itu bagi mengkaji sistem tersebut pada Jumaat lalu.

“Kami bakal menghidu bau ozon kerana kepekatan tertinggi ozon terletak di situ khususnya stratosfera,” katanya.

Gambar: Fox Weather

Untuk pengetahuan, Gunung Washington merupakan puncak tertinggi di Timur Laut Amerika. Ia mempunyai ketinggian 6,288 kaki dan terkenal dengan cuaca buruk.

Kali terakhir puncak gunung itu mencatatkan rekod suhu angin terendah adalah pada tahun 1934

Terdahulu, Mohe, sebuah bandar di utara China telah mencatatkan suhu terendah -53 darjah Celsius, lapor The Washington Post.

Jabatan meteorologi tempatan, mengesahkan perkara itu selepas mencatatkan suhu berkenaan. Difahamkan, catatan suhu tersebut merupakan paling sejuk pernah direkodkan di bandar berkenaan.

Kebiasaannya, suhu yang normal yang dicatatkan adalah sekitar 20 darjah Celsius pada hujung minggu.

Difahamkan, suhu ekstrem tersebut berlaku disebabkan perubahan iklim sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tambahan lagi, cuaca panas melampau turut direkodkan pada musim panas yang lalu.

Sumber: Fox Weather

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

The post Gunung Washington Rekod Suhu Angin Paling Sejuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*