Disney Buang 7,000 Pekerja, Mahu Jimat RM23 Bilion

Disney buang pekerja

Disney Buang 7,000 Pekerja, Mahu Jimat RM23 Bilion

Disney dilapor akan memberhentikan 7,000 pekerjanya dalam usaha untuk melakukan penjimatan besar-besaran. Apabila dilaksanakan kelak, angka berkenaan akan mewakili kira-kira 3.6 peratus tenaga kerja global Disney.

Syarikat itu juga merancang untuk menyusun semula operasinya kepada tiga teras utama iaitu Disney Entertainment, ESPN dan Disney Park, Experience & Products.

Menerusi strategi digariskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bob Iger, langkah itu akan menjimatkan kos sehingga RM 23.69 bilion. Beliau mengambil alih jawatan tertinggi syarikat tersebut pada 2022.

”Walaupun keputusan ini perlu dibuat kerana kesukaran yang kami hadapi, namun ia bukan sesuatu yang kami ambil mudah. Kami menghormati dan sangat berterima kasih dengan semua sumbangan yang diberikan kakitangan Disney. Kami juga mengambil maklum impak yang bakal dihadapi mereka,” kata Iger.

Saham Disney dilapor meningkat sebanyak 8 peratus selepas pengumuman berkenaan.

Terdahulu, beberapa syarikat gergasi terutamanya yang berpangkalan di Amerika Syarikat turut mengumumkan langkah memberhentikan pekerja masing-masing.

Disney buang pekerja, ikut jejak langkah Amazon & Google

Syarikat gergasi peruncitan atas talian, Amazon sebelum ini turut merancang untuk mengurangkan sehingga 18,000 pekerjaan tahun ini.

Menurut laporan BBC, pemberhentian pekerja itu berjumlah kira-kira 6% daripada kira-kira 300,000 pekerja yang bekerja di syarikat gergasi tersebut pada ketika ini.

Amazon turut membekukan pengambilan pekerja baharu dan menghentikan beberapa projek pembesaran gudangnya. Menurut syarikat berkenaan, tindakan pengambilan pekerja secara berlebihan semasa pandemik telah memberi kesan kepada operasi perniagaannya.

Selain itu, syarikat induk Google, Aphabet Inc. juga dilapor akan mengambil tindakan yang sama. Menurut laporan BBC, syarikat itu akan mengurangkan sehingga 12,000 tenaga pekerja pada tahun ini.

Proses berkenaan dijangka akan menjejaskan kira-kira 6 peratus tenaga kerja Alphabet di seluruh dunia.

Rata-rata syarikat gergasi yang mengambil keputusan untuk membuang pekerja masing-masing memberikan beberapa alasan yang sama bagi menyokong tindakan tersebut.

Antara alasan yang diberi adalah keadaan ekonomi yang semakin mencabar, menjimatkan kos operasi dan persediaan untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

BACA: Selepas Amazon & Microsoft, Giliran Google Pula Kurangkan Sehingga 12,000 Pekerja Tahun Ini

Sumber: Yahoo Finance, CNBC

The post Disney Buang 7,000 Pekerja, Mahu Jimat RM23 Bilion appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*