Disuntik Bius 12 Kali Ketika Bersalin, Wanita Terpaksa Tanggung Derita Lumpuh Sepanjang Hayat

Disuntik Bius 12 Kali Ketika Bersalin, Wanita Terpaksa Tanggung Derita Lumpuh Sepanjang Hayat

Seorang wanita di Ciputat, Banten Indonesia terpaksa tanggung derita lumpuh sepanjang hayat akibat kesilapan doktor ketika melahirkan anak di hospital.

Menurut HarianHaluan.com, sewaktu proses pembedahan dilakukan, wanita yang bernama Yuliantika mendakwa bahawa dia telah disuntik oleh pakar bius sebanyak 12 kali di bahagian tulang belakangnya. Umumnya, ibu yang akan melakukan pembedahan caeseran hanya perlu disuntik sekali sahaja.

Selepas Yuliantika dipindahkan ke bilik rawatan, dia menyedari bahawa kakinya sudah tidak boleh bergerak, dari bahagian pinggul hingga ke hujung kakinya.

Bercerita lanjut bagaimana dia boleh jadi sebegitu, menurut Yuliantika, dia dan suaminya Irwan Supandi telah pergi ke Hospital pada 18 Februari 2020 sekitar jam 21.00 WIB dengan menaiki motosikal.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Ketika kejadian tersebut, Yuliantika sudah mengalami kontraksi dan air ketubannya pecah. Suaminya segera menguruskan proses pendaftaran dan Yuliantika seterusnya diarahkan pergi ke ruangan pembedahan caeseran.

Menurut suami Yuliantika, isterinya tidak pernah mengalami sebarang masalah ketika mengandungkan anak yang ditunggu-tunggu itu selama empat tahun.

Malah Iwan turut memberitahu bahawa mereka sering melakukan pemeriksaan kandungan bersama pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital berkenaan.

Kata Iwan lagi, dia telah diberikan kertas oleh doktor tersebut dua minggu sebelumnya mengenai SOP untuk ibu yang melahirkan menerusi operasi caesar.

Tanpa sebarang pemeriksaan lanjut, Iwan diberikan borang persetujuan untuk tindakan operasi caesar ke atas isterinya.

“Kenapa cepat sangat tindakan dibuat? Saya nak jumpa isteri saya dulu,” kata Iwan Supandi menerusi bual bicara di saluran YouTube Haris Azhar.

Namun, sebelum sempat berjumpa dan bercakap dengan isterinya. Iwan melihat isterinya sudah berada di atas meja pembedahan caesarean bersama doktor.

Iwan akhirnya terpaksa menandatangani persetujuan untuk pembedahan isterinya itu. Dia kemudiannya pergi ke ruang menunggu sehingga selesai proses pembedahan tersebut.

Menurut Iwan lagi, dia tidak diberikan penjelasan sebelum operasi caesar tersebut malah hanya mendapat surat persetujuan saja dari pihak pentadbiran hospital.

Anak pasangan itu selamat dilahirkan pada pukul 23.00 WIB dalam keadaan sihat.

Menurut Yuliantika, ternyata semasa suaminya sedang berada di bahagian pendaftaran, dia sudah disuntik dengan ubat. Malah suntikan kali pertama itu telah dilakukan lebih daripada tiga kali.

Saat kakinya diminta untuk digerakkan, kakinya sudah tak boleh bergerak bahkan kaki kanannya sudah terasa seperti melayang.

“Aku merasa sakit akibat pembedahan itu, aku sempat memberitahu perutku sakit,” kata Yuliantika.

Namun, tak lama kemudian dia terus tidak sedarkan diri hingglah dia dipindahkan ke ruangan selepas pembedahan.

Kesan daripada pembedahan itu, sehingga kini Yuliantika masih lumpuh dan meminta agar ada keadilan untuknya sekeluarga terhadap pembedahan salah laku tersebut.

Sumber: Harian Haluan.com

The post Disuntik Bius 12 Kali Ketika Bersalin, Wanita Terpaksa Tanggung Derita Lumpuh Sepanjang Hayat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*