Lelaki Warga Israel Didakwa Berdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

lelaki warga israel berdagang

Lelaki Warga Israel Didakwa Berdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Seorang lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas.

Tertuduh, 38, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Tertuduh didakwa telah berdagang senjata api iaitu Glock 19 USA 9×10 (Nombor Siri AEGS 286); Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463); Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496); Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090); N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri 58C283463).

BACA: Polis Tahan Lelaki Warga Israel Bersama Enam Pucuk Pistol

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang dan 6 petang, pada 26 Mac dan 28 Mac lepas.

Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki amunisi iaitu sekotak Shell Shock NAS3 9mm, mengandungi lapan butir peluru (B660104); sekotak Bullet Master Co. Ltd, mempunyai 50 butir peluru (B660105); sekotak Bullet Master Co. Ltd, dengan 50 butir peluru (B660105); dan sekotak Bullet Master Co Ltd, mengandungi 50 butir peluru (B660105), tanpa suatu lesen senjata atau permit senjata.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Peguam Navinjit Singh dan Jeffrey Ooi yang mewakili tertuduh bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan dan tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Mahkamah menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Warga Israel Didakwa Berdagang Senjata Api, Miliki Peluru  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*