Pertimbang Pengeluaran KWSP, Moratorium Bantu Rakyat Terjejas – Muhyiddin

Pertimbang pengeluaran KWSP

Pertimbang Pengeluaran KWSP, Moratorium Bantu Rakyat Terjejas – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat.

Beliau berkata ia termasuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman bank.

“Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan.

“Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini,” katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Persidangan Parlimen di sini hari ini.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut berkata bank-bank terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis, justeru adalah wajar jika bank turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban akibat kesan inflasi dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Sementara itu Muhyiddin berkata dasar mengenai Bumiputera merupakan satu lagi perkara penting yang mesti diberikan keutamaan oleh kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dalam konteks hari ini sebahagian besar daripada golongan B40 yang telah menjadi B60, adalah Bumiputera.

“Sebuah negara majmuk dan berbilang kaum tidak akan stabil dan makmur sekiranya kaum majoriti berada dalam kelompok miskin dan berpendapatan rendah dengan jurang kaya miskin semakin melebar.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa dengan melakukan semak dan imbang secara konstruktif.

“Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan kami dengan penuh berintegriti dan menjunjung prinsip Bersih, Prihatin dan Stabil. Mana-mana dasar yang baik kami sokong. Mana-mana dasar yang memberi mudarat kepada rakyat kami tentang,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Pertimbang Pengeluaran KWSP, Moratorium Bantu Rakyat Terjejas – Muhyiddin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*