Ditemui Dalam Semak, Remaja Perempuan Maut Dipercayai Dibunuh

remaja perempuan dibunuh semak

Ditemui Dalam Semak, Remaja Perempuan Maut Dipercayai Dibunuh

SANDAKAN — Dalam satu kejadian di perkampungan setinggan Kampung Forest, mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dibunuh ditemukan di dalam semak, lapor Astro Awani.

Difahamkan, mangsa yang berusia 15 tahun itu telah dijumpai sekitar jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata sepasukan anggota polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan sejurus menerima maklumat.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemui dalam semak dan berlumpur, maklum Abdul Fuad.

BACA JUGA: Hilang Selepas Mengaji, Dua Wanita Ditemui Mati & Disimen

“Siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh. Mayatnya dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

“Susulan itu, 12.30 tengah hari, dua jam lebih kemudian polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumnya lagi, beliau memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar menelefon pihak polis bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Kepala Tersepit Pada Pokok Dipercayai Dibunuh

Terdahulu, seorang budak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan ngeri di Kampung Panji, Lahad Datu dua hari lalu, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, mangsa dijumpai oleh ibunya kira-kira pada jam 3 petang.

Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, kejadian itu diketahui selepas pihaknya menerima maklumat melalui panggilan kecemasan 999.

BACA JUGA: Polis Tembak Mati Isteri

“Menurut ibu mangsa yang berusia 20-an, anaknya keluar bermain. Namun tidak pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat pada jam 12 tengah hari, Sabtu.

“Ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung dan hanya menemui anaknya pada jam 3 petang dalam keadaan mengalami kecederaan luka bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri. Manakala tangan sebelah kanan diikat menggunakan tali,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Bertindak atas maklumat orang awam, seorang lelaki warga asing berumur 30-an berjaya ditahan. Turut ditahan adalah kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Sumber: Astro Awani 

The post Ditemui Dalam Semak, Remaja Perempuan Maut Dipercayai Dibunuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*