Kokurikulum: KPM Beri Kelonggaran Pelajar Pakai Baju Sukan

pelajar Baju Sukan Kokurikulum

Kokurikulum: KPM Beri Kelonggaran Pelajar Pakai Baju Sukan

NILAI, 14 Mac (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Menterinya,Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.

“Soal baju kokurikulum, badan beruniform, juga menjadi isu, jika tidak mampu, pakai baju sukan sekolah untuk hadir dan mengikuti semua program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia MADANI Peranan Sektor Pendidikan, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai kelewatan pengumuman keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini, Fadhlina berkata tarikh berkenaan adalah wajar dan tidak timbul isu kesuntukan masa untuk membuat persiapan ke sekolah baharu.

BACA: Isu Tiada EVP Sah, Ini Penjelasan Maxim Malaysia

Sumber: Bernama

The post Kokurikulum: KPM Beri Kelonggaran Pelajar Pakai Baju Sukan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*