Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Kini Isteri Ubai

Shila Amzah Ubai

Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Kini Isteri Ubai

Penyanyi popular Shila Amzah pada hari ini telah selamat diijabkabulkan menjadi isteri kepada pempengaruh media sosial Ubai dengan sekali lafaz.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Shila menerusi siaran langsung perkahwinan beliau di saluran YouTube miliknya pagi tadi.

Lengkap memakai persalinan berwarna putih, Ubai dinikahkan oleh wali Shila sendiri iaitu penyanyi ND Lala dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan.

Memetik Astro Awani, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai.

Dalam pada itu, Shila bersyukur dan gembira hubungannya bersama Ubai akhirnya selamat ke jinjang pelamin.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.

“Saya berasa sangat lega dan gembira kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, hari ini kami berdua disatukan dengan disertai ahli keluarga terdekat dan sahabat yang kami sayangi.

“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah-mudahan.

Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak (Seth Uwais) dengan penuh kasih sayang,” kata Shila.

Sementara itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata bahawa dia bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Insya-Allah saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.

“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” tutur Ubai.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Apabila ditanya oleh wartawan berkenaan lokasi bulan madu, Ubai berkata bahawa mereka masih belum mempunyai perancangan untuk perkara tersebut memandangkan kedua-dua mereka kini sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu. Namun mungkin akan ada percutian pendek dalam negara terlebih dahulu,” kata Ubai akhiri wawancara.

Difahamkan, dua majlis resepsi akan diadakan secara sederhana yang melibatkan ahli keluarga, rakan-rakan artis serta rakan kongsi dari pelbagai negara.

Sumber: Shila Amzah/Instagram, Astro Awani

The post Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Kini Isteri Ubai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*