Dodoi Dengan Lagu Negaraku Baru Nak Tidur, Karenah Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

bayi dodoi lagu negaraku

Dodoi Dengan Lagu Negaraku Baru Nak Tidur, Karenah Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

Pernah tak anda bertanya kepada ibu bapa bagaimana karenah anda sewaktu masih dalam buaian? Semestinya banyak kisah yang diceritakan sehingga ia menjadi bahan lawak buat ahli keluarga yang lain, kan?

Masing-masing mempunyai keletah yang tersendiri. Misalnya ada yang menjadikan kain lampin sebagai bantal busuk. Jadi tak kena dan merengek bila tangan tak dapat gentel bucu kain lampin.

Ada juga bayi yang mahu didukung sepanjang masa, barulah mata mahu terpejam. Ada juga yang diajar sejak kecil untuk lena bertemankan alunan muzik dan sebagainya.

Perasan tak, sifat tersebut sebenarnya tidak terbentuk secara semula jadi, tetapi kerana diajar oleh ibu bapa sendiri tanpa sedar.

Bayi kena dodoi lagu Negaraku baru nak tidur

Seperti yang tular baru-baru ini, satu rakaman yang memaparkan seorang ibu sedang mendodoikan anaknya menggunakan lagu kebangsaan yang jarang dibuat orang.

Menerusi video yang dimuat naik @liyanaramlie di TikTok, ia menunjukkan anaknya mempunyai karenah pelik di mana ‘perlu’ mendengar lagu Negaraku sebelum tidur.

Pada permulaan, bayi itu menangis walaupun telah diletakkan dalam buaian namun apabila lagu Negaraku dipasang, bayi itu mula diam dan menunjukkan tanda-tanda mahu tidur.

Kredit: @liyanaramlie/TikTok

Menurut wanita itu, anaknya memberikan reaksi demikian disebabkan suaminya yang rajin memasang lagu tersebut ketika dia menjaganya.

“Ya allah anak oi. Dia macam-macam sungguh la perangai. Tu dia la ayah hang, tiap kali anak nak tidoq ja qeja nanyi lagu Negaraku.

“Pastu ayah hang tak dak pi qeja. Tak pasai Mama kena buka lagu Negaraku,” selorohnya.

BACA: Terhibur, Youtuber Keluarkan Kad Uno “Reverse” Lepas Dilayangkan Kad Kuning Oleh Pengadil

Komen warga maya

Menjengah di ruangan komen, sesetengah warga maya turut membuat andaian berkenaan dengan pekerjaan bapa bayi, di mana mereka mendakwa suami kepada wanita itu adalah seorang pekerja badan beruniform.

Kredit: @liyanaramlie/TikTok

Sementara itu, video berdurasi 59 saat itu meraih perhatian orang ramai susulan warga maya mengambil peluang berkongsi karenah anak-anak mereka di ruangan komen.

“Anak saya masa masih kecil macam ini suka dengar azan yang keluar di televisyen, auto dia diam dan macam menghayati (meskipun kami bukan Islam tapi anak saya suka dengar azan),” kata taniapeter.

“Anak saya yang nombor tiga macam inilah dulu. Pasang zikir diam kejap, akkhirnya babah stres pergi nyanyikan dia lagu Mimpi dari  Hakim Rusli, boleh pula dia tidur,” cerita ANR Rezeki.

@liyanaramlie

Ya allah anak oooii. Dia mcm2 sngguh laa perangai. Tudia laa ayah hg. Tiap kli ank nk tdoq ja qeja nnyi lagu negaraku. Pastu ayah hg xdak pi qeja. Xpsai Mama kena buka lagu negaraku🤦‍♀️

♬ original sound – liyana_ramlie – liyana_ramlie

Sumber: @liyanaramlie/TikTok

The post Dodoi Dengan Lagu Negaraku Baru Nak Tidur, Karenah Bayi Ini Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*