Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Cara Berjaya Dalam Hidup, “Ini Thread Untuk Kamu…”

fadzilah kamsah kongsi cara berjaya

Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Cara Berjaya Dalam Hidup, “Ini Thread Untuk Kamu…”

Apabila makin dewasa, banyak cabaran yang telah dilalui, segala perit manis dan liku-liku kehidupan juga dihadapi dalam membentuk diri menuju ke arah yang lebih baik.

Dalam perjalanan untuk berjaya, pelbagai perkara akan diuji oleh Maha Pencipta termasuk dengan kehilangan orang yang disayangi, pekerjaan, haiwan peliharaan dan lain-lain.

Ada masa diri akan hilang rasa keyakinan dan tidak tahu arah tujuan hidup, namun sebagai manusia tidak boleh putus berharap kepada yang Maha Agung.

Hidup ini penuh cabaran dan diri ini yang merupakan hamba, perlu meneruskan hidup dan percaya di setiap hujung terowong pasti mempunyai sinar.

Pakar motivasi terkenal Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi kepada orang ramai mengenai cara untuk berjaya dalam hidup di laman Twitter beliau.

Kredit: Twitter

Yang pertama, beliau menegaskan bahawa masa silam tidak akan boleh diubah. Tiada yang mampu mengubah segalanya kecuali Allah yang Maha Esa dan sebagai makhluk di bumi ini, perlu menerima namun jangan sampai menghukum diri akibat kisah gelap yang lalu.

Adalah penting untuk reda dengan segala yang telah ditetapkan agar perjalanan hidup akan sentiasa dipermudahkan dan hidup dalam keadaan yang tenang.

Kredit: Twitter

Seterusnya, tidak membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri. Setiap manusia yang diciptakan di muka bumi ini, Allah sudah menetapkan jalan hidup mereka dan ia tidak sama dengan kisah hidup diri.

“Setiap orang berbeza. Jalan hidup pun berbeza. Maka kita tak layak membandingkan dengan mereka.

“Cukup membandingkan dengan diri kamu yang semalam sahaja,” ujar Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dalam ciapan itu.

Kredit: Twitter

Menurut Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, pandangan bukan satu realiti dan ia belum lagi menjadi fakta. Jadinya, setiap perkataan yang terpancul keluar dari mulut orang, diri sendiri jangan menerimanya secara bulat-bulat.

Pun begitu, ia memerlukan bukti dan saksi bagi menunjukkan kebenaran di sebalik pandangan itu.

Kredit: Twitter

Yang keempat pula, sekiranya mahu berjaya dalam hidup, diri ini perlu bergerak ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang. Setiap yang berlaku mempunyai hikmah, oleh itu tidak perlu untuk tangisi perkara yang lalu dan gantikannya dengan usaha yang bersunguh-sungguh untuk yang seterusnya.

Kredit: Twitter

Kata Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, kegagalan memang perlu berlaku supaya diri ini belajar daripada kesilapan. Apabila gagal mengecapi kejayaan yang diinginkan, jangan pernah berasa diri telah gagal namun jadikan sebagai semangat untuk bangkit pada masa hadapan.

Hidup tidak berakhir apabila telah gagal dalam melakukan sesuatu, malah sebaliknya ia merupakan pemula bagi kehidupan yang baru.

Kredit: Twitter

“Masa akan memberikan jawapan atas segala kekeliruan dan penantian. Bersabarlah,” tambah Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Dalam menghadapi rintangan, ada masanya diri akan penat dan berharap masalah yang ada itu diberikan jalan penyelesaian secepat mungkin, namun tidak perlu risau kerana apa yang ditetapkan pasti akan datang tepat pada waktunya.

Kredit: Twitter

Yang terakhir dan paling penting sekali ialah melakukan kebaikan kepada semua masyarakat. Untuk menjadi orang yang baik, perlu menerapkan nilai-nilai murni dan tonjolkan sifat tersebut kepada yang memerlukan.

“Maka kerjakan hal yang baik-baik dan jadi insan yang paling bermanfaat atas dunia,” ujar Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Sumber: Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah via Twitter

BACA: “Sejujurnya Saya Tergerak Untuk..” Titipan Khas Dr Zulkifli Buat Syamsul Yusof, Keluarga & Netizen

The post Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Cara Berjaya Dalam Hidup, “Ini Thread Untuk Kamu…” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*