Dr Zaliha Ucap Takziah Atas Pemergian Adik Maisarah, Kes Kini Disiasat Pihak Berkuasa

Dr Zaliha Ucap Takziah Atas Pemergian Dea Maisarah, Kes Dalam Siasatan

Dr Zaliha Ucap Takziah Atas Pemergian Adik Maisarah, Kes Kini Disiasat Pihak Berkuasa

Menteri Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Zaliha Mustafa mewakili kementeriannya baru-baru ini menghulurkan ucapan takziah kepada ahli keluarga adik Dea Maisarah binti Bada yang meninggal dunia baru-baru ini.

Ucapan takziah tersebut telah dimuat naik menerusi hantaran Facebook rasminya pada waktu malam, 13 Julai 2023.

Dalam kenyataan yang sama, Dr. Zaliha memaklumkan bahawa kes melibatkan kematian adik Maisarah kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau pada masa yang sama menyeru orang ramai untuk menghormati privasi keluarga itu yang baru sahaja kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka.

“Kejadian tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan saya memohon kerjasama semua pihak untuk menghormati privasi keluarga.”

Pada akhir kenyataannya, Dr. Zaliha berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan perlindungan daripada Allah A.W.T.

Menteri Kesihatan itu juga berharap agar keluarga Dea Maisarah tabah dan cekal ketika menhadapi ujian berat ini.

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah aman dan berada dalam lindungan Yang Esa. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menghadapi ujian berat ini.”

Pihak HTAR memberi respons berkenaan kes kematian Dea Maisarah

Sebelum ini terdapat video tular di aplikasi Tiktok berkenaan kematian seorang kanak-kanak berumur 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sehubungan itu, pihak HTAR telah mengeluarkan sebuah kenyataan mengenai kes terbabit.

“Pertama sekali, pihak HTAR bersimpati dengan perkara yang dilalui oleh pihak keluarga dan ingin mengucapkan takziah kepada pihak keluarga allahyarham.”

HTAR turut memaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam siasatan terperinci yang dijalankan pihak hospital.

Dalam kenyataan itu, HTAR berkata pesakit telah hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma bersama ayahnya pada 9 Julai 2023.

Ketika itu, keadaan pesakit semasa di hospital berkenaan berada dalam keadaan lemah dan pesakit telah diberikan rawatan yang sewajarnya oleh Pakar Perubatan Kecemasan.

“Namun, pesakit ini tidak dapat diselamatkan. Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik, HTAR.”

Jelasnya, pihak hospital akan berhubung dengan keluarga adik Maisarah untuk perbincangan lebih lanjut dalam satu sesi family conference mengenai kes ini.

BACA: Hidangan Yat Yat Kembali Popular, Di Mana Nak Cari & Boleh Makan Ke? Ini Jawapannya

Sumber: Dr Zaliha Mustafa via Facebook

The post Dr Zaliha Ucap Takziah Atas Pemergian Adik Maisarah, Kes Kini Disiasat Pihak Berkuasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*