“Dua Ahli Keluarga Saya Syahid…” Warga Palestin Mohon Bantuan PM, Mahu Pulang Ke Gaza

warga palestin bantuan pm

“Dua Ahli Keluarga Saya Syahid…” Warga Palestin Mohon Bantuan PM, Mahu Pulang Ke Gaza

Mahu pulang ke Gaza bertemu keluarga, seorang rakyat Palestin, Yousuf Hamis Abu A’ssi memohon bantuan daripada kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikannya surat yang membenarkannya untuk memasuki Palestin.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, pemuda Palestin  yang menetap di Malaysia itu berkata dia membuat keputusan untuk pulang ke tanah airnya selepas gagal menghubungi ahli keluarganya lebih daripada sepuluh hari.

Yousuf turut memaklumkan dua ahli keluarganya juga sudah syahid selepas kediaman mereka menjadi sasaran bom tentera Israel baru-baru ini.

“Saya mahu minta pertolongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar, tolong saya. Saya mahu pulang ke Gaza, Palestin. Saya minta tolong, saya nak satu surat (untuk) masuk ke border Rafah untuk masuk Gaza.

“Sebab sekarang dua ahli keluarga saya telah syahid (meninggal) dan sudah sepuluh hari masih tiada perkhabaran daripada mereka,” katanya dalam video yang dimuat naik pada Selasa.

Menerusi temu bual bersama stesen radio Zayan, Yousuf berkata selama sembilan tahun menetap di negara ini, dia tidak pernah pulang ke Palestin sehingga sekarang.

Meskipun tidak mempunyai peluang untuk pulang ke negara asalnya, namun Yousuf tetap menghubungi keluarganya secara kerap.

Bagaimanapun dengan keadaan konflik yang berlaku di Palestin, Yousuf berkata dia gagal untuk mengetahui keadaan keluarganya di sana.

BACA: Sukarelawan Palestin Di Hospital Indonesia Di Gaza Terbunuh Serangan Udara Israel

“Kali terakhir kami berhubung, mereka maklumkan abang ipar dan adik saya telah syahid. Badan mereka juga tidak ditemukan,” ujarnya.

Yousuf turut mengatakan perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh jirannya dan bukan keluarganya sendiri kerana mereka risau dengan keadaan dirinya apabila mendapat tahu tentang perkara tersebut.

“Mereka selalu cakap mereka berada dalam keadaan baik dan selamat kepada saya,” tambahnya.

Yousuf dilihat tenang ketika menceritakan kisah itu kepada penyampai radio Zayan.

Sumber: @yousuf_anak_palestine/Instagram

BACA: Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecualikan Setahun

The post “Dua Ahli Keluarga Saya Syahid…” Warga Palestin Mohon Bantuan PM, Mahu Pulang Ke Gaza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*