Cara Bawa Kereta Ke Thailand, Dokumen Ketiga Ramai Yang Terlepas Pandang

cara bawa kereta thailand

Cara Bawa Kereta Ke Thailand, Dokumen Ketiga Ramai Yang Terlepas Pandang

Ramai di antara kita pastinya memasang impian mahu bercuti ke pelbagai negara susulan mahu mempelajari dan menikmati keindahan alam di negara luar.

Bukan sahaja mahu menjejakkan kaki ke negara tersebut namun kita juga mahu mempelajari sejarahnya, rasai makanan dan mencuba pakaian tradisional mereka.

Antara destinasi yang sering dituju oleh rakyat Malaysia termasuklah Thailand kerana bersempadan dengan negara dan tukaran mata wang yang tidak jauh beza.

Bukan itu sahaja, rakyat juga boleh keluar masuk ke negara jiran menggunakan jalan darat. Jadi, kenderaan sendiri juga ideal dibawa bersama sewaktu bercuti.

Namun, mereka yang berhasrat untuk melancong ke Thailand dengan kenderaan sendiri perlu menjalankan beberapa prosedur terlebih dahulu.

Jadi, SK akan berkongsikan tip bagaimana langkah untuk mendapat kelulusan membawa kenderaan menerusi perkongsian Ammar Naufal.

Cara Bawa Kereta Ke Thailand

Gambar: Ammar Naufal

Terdapat tiga benda yang penting kena sediakan iaitu:

1. Pasport

2. Geran Kenderaan

3. Insurans Kereta (Thailand)

Jom kita huraikan satu per satu keperluan tersebut

BACA: Rumah Bahang ‘Menyengat’? Ikut Tip Ni Sejukkan Kediaman Tanpa Aircond

Pasport

Pastikan masih sah dan tiada sekatan kepada pasport. Nanti isi borang ketibaan dan cop pasport di border. Kalau tidak pandai isi, nanti mereka (pihak thailand) tolong isikan (kena bayar RM2).

Geran Kenderaan

Bawa yang original. Kalau tiada yang original, sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan minta salinan. Bayaran RM50 untuk dapatkan salinan daripada JPJ. 

Jangan liminate geran. Nanti tidak diterima.

Insurans Kenderaan (Thailand)

Boleh beli di pintu sempadan atau di kaunter semasa nak isi simplified customer declaration form. Kalau nak masuk sekejap, beli untuk seminggu, harga dalam RM20. 

Ada juga dijual untuk setahun dan enam bulan. Selesai semua di atas dan dah siap cop pasport, boleh terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta.

Serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand). Kemudian, mereka akan keluarkan simplified customer declaration form. 

Selepas sudah dapat form dari pihak sana, keluar pergi minta cop dekat pegawai mereka di luar. Mereka cop dan kita tandatangan. Kiranya macam perjanjian.

Kemudian boleh teruskan perjalanan anda ke sana menikmati makanan dan tempat menarik. 

Penting!

Jangan lupa bagi balik borang simplified customer declaration form masa cop pasport keluar. 

Kalau tidak nanti susah anda nak bawa kenderaan ke sana pada masa depan. 

Sekian. Semoga tips ini bermanfaat.

Sumber: Ammar Naufal

The post Cara Bawa Kereta Ke Thailand, Dokumen Ketiga Ramai Yang Terlepas Pandang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*