Pelakon Terkenal, Shahronizam Putus Jari Kelingking Pisau Terlepas Ketika Potong Ayam

Shahronizam putus jari

Pelakon Terkenal, Shahronizam Putus Jari Kelingking Pisau Terlepas Ketika Potong Ayam

Pelakon, Shahronizam Noor, 51, kehilangan jari kelingkingnya selepas pisau yang digunakan untuk memotong ayam terlepas dari genggamannya sebelum terpotong jarinya itu.

Memetik Astro Awani, kejadian itu dilaporkan berlaku di rumahnya pada malam Isnin yang lalu.

Sejurus kejadian itu, pelakon yang juga merupakan suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu telah dikejarkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Anak tiri pelakon tersebut, Daniel Hairi memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa bersama di rumah.

“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan.

“Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam.

“Melihat jari kelingking terkulai dan putus, kami segera membawa abah ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan selepas melihat kecederaannya teruk,” kata Daniel yang juga anak Safura bersama bekas suaminya, Hairi Kool.

Menurut Daniel, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka pelakon tersebut, manakala jari yang terputus itu pula telah disimpan di dalam bekas yang disediakan lalu dibekukan.

Jari kelingking tidak boleh disambung semula

“Ketika itu, tiada doktor pakar, yang ada hanya petugas perubatan.

“Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus.

“Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.

“Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus,” kata Daniel lagi.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Tambah Daniel, kini keadaan pelakon itu sudah semakin stabil dan sedang berehat.

“Walaupun sedih tiada lagi jari kelingking, abah reda dengan ujian menimpanya pada Ramadan ini.

“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon dan model Korea Selatan, Jung Chae Yul dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun, lapor Koreaboo.com.

Menurut laporan Star News, pelakon terbabit ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah pada awal pagi hari ini. Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Chae Yul.

“Kami di sini ingin menyampaikan berita yang menyayat hati. Chae Yul telah meninggalkan kami.

“Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup atas kehendak keluarga mendiang. Kami berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan Chae Yul agar dapat berehat dengan tenang di sana,” maklum kenyataan tersebut,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Astro Awani

The post Pelakon Terkenal, Shahronizam Putus Jari Kelingking Pisau Terlepas Ketika Potong Ayam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*