Dua Lelaki Dicekup Polis, Viral Rakaman Didakwa Ganggu Wanita Penunggang Motosikal

Video 2 Lelaki Ganggu Penunggang Motosikal Wanita Tular, Pelaku Ditahan Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya berjaya menahan dua lelaki yang didakwa mengganggu dua orang wanita ketika sedang menunggang motosikal.

Beberapa hari lepas, satu klip video yang memperlihatkan dua orang lelaki didakwa mengganggu dua orang wanita sedang menunggang motosikal di sebuah jalan menjadi tular di platform media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, insiden berkenaan dipercayai berlaku di Jalan Skudai – Pantai Lido menghala ke arah Johor Bahru kira-kira 9.42 malam, Rabu lalu.

Kejadian berkenaan dilihat dan dirakam oleh pengguna jalan raya lain.

“Perbuatan dua lelaki berkenaan jelas dilihat telah menimbulkan perasaan takut dan trauma kepada wanita berkenaan.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan fizikal kepada semua pihak terlibat,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Raub menambah, dua lelaki warganegara tempatan yang berusia dalam lingkungan 20-an berjaya itu dikesan selepas penularan video tersebut dan dibawa ke balai polis trafik untuk siasatan lanjut.

“Tindakan saman telah dikeluarkan terhadap dua lelaki itu atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah dan tidak memakai topi keledar.

Kedua-duanya kemudian dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut.

BACA: Risau Nak Lepas Isteri Hamil Naik Bas Sendirian Ke KL, Suami Sanggup Iring Naik Motorsikal

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Selatan

The post Dua Lelaki Dicekup Polis, Viral Rakaman Didakwa Ganggu Wanita Penunggang Motosikal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*