KL Wellness City Lancar Kempen “Kembali Ke Nostalgia” Raya Dengan Ekstravaganza Warisan Dan Budaya

KL Wellness City Lancar Kempen “Kembali Ke Nostalgia” Raya Dengan Ekstravaganza Warisan Dan Budaya

Kuala Lumpur, 14 Mac 2024 – KL Wellness City (KLWC) hari ini melancarkan ekstravaganza Raya “Kembali Ke Nostalgia”, yang berlangsung dari sekarang hingga 30 April 2024 – bertujuan untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia pengalaman yang memaparkan kepelbagaian budaya, hidangan kulinari dan hiburan menarik bersempena dengan sambutan Raya. Kesemua ini dianjurkan di Galeri Pameran KL Wellness City di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

kl wellness

Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew, Pengarah Penjenamaan, Jualan & Pemasaran KL Wellness City semasa mengulas tentang kempen Raya “Kembali Ke Nostalgia” berkata, “Kami berasa besar hati melihat individu dari pelbagai lapisan masyarakat berkumpul untuk menyambut perayaan Hari Raya – sesungguhnya menjiwai dan memperlihatkan nilai-nilai yang dikongsi bersama. Kempen Raya “Kembali Ke Nostalgia” bertujuan untuk menghargai keindahan kepelbagaian budaya, keutuhan perpaduan dan kemeriahan perayaan kita. Di KL Wellness City, kami ingin membina sebuah komuniti yang tertumpu pada kehidupan lebih sejahtera dan menjaga satu sama lain— tempat di mana kesihatan bukan sahaja menjadi matlamat; tetapi merupakan cara hidup.” 

Inisiatif ini sejajar dengan misi KL Wellness City untuk yang memupuk perpaduan, kesejahteraan dan membina masyarakat yang serba maju. “Berpandukan janji kami untuk mentakrifkan semula, mengukuhkan dan meluaskan pengalaman kesihatan dan kualiti kehidupan, kempen ini yang bermula pada bulan Ramadan yang penuh bermakna menyerlahkan usaha kami untuk melibatkan dan memajukan masyarakat. Kemuncak kempen akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik yang diadakan sempena sambutan Hari Raya,” kata Dato’ Sri Dr. Vincent. 

Sebagai peneraju kesejahteraan dan penjagaan kesihatan, KL Wellness City ialah bandar kesejahteraan dan kesihatan yang pertama di Asia Tenggara untuk memupuk amalan gaya hidup yang disepadukan sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan – menjadikannya sebuah wadah untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda. Dengan pelbagai entiti yang terdapat di bandar ini – termasuk kedai runcit dan suite perubatan. Setiap kemudahan dan prasarana dirancang dengan teliti untuk mencapai prestasi yang cemerlang, sama ada secara individu mahupun secara kolektif sebagai sebahagian daripada ekosistem bersepadu masyarakat yang meliputi aspek penjagaan perubatan, penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan. 

kl wellness

Pelancaran sambutan Raya KL Wellness City menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk persembahan secara langsung oleh kumpulan busker 3PCS untuk memeriahkan suasana perayaan, pilihan istimewa hidangan Hari Raya yang menambat selera dan penuh cita rasa, dan sebuah Stesen Siaran Langsung Hari Raya yang menjanjikan sesi interaktif, persembahan budaya dan aktiviti menarik yang mencerminkan kemeriahan Hari Raya. 

Satu daya tarikan yang mesti dikunjungi ialah “Rumah Panggung” yang boleh dijadikan latar belakang ideal untuk berkongsi keriangan dan kemanisan detik-detik sambutan Raya di media sosial.Rumah Panggungmenjadi simbol identiti budaya dalam bentuk rumah kayu Melayu – memperlihatkan kehalusan seni pertukangan dan keindahan motif tradisional berwarna-warni yang melambangkan kekayaan warisan masyarakat Melayu. 

Sempena kempen “Kembali Ke Nostalgia” dan bulan Ramadan yang mulia, KL Wellness City akan menyumbangkan RM8,000 kepada rumah-rumah anak yatim – Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Nurhati, Rumah Kanak-kanak Angels KL dan Rumah Charis. Inisiatif bantuan kemasyarakatan ini membuktikan kesungguhan KL Wellness City membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan mencerminkan komitmen untuk menabur bakti kepada masyarakat. 

kl wellness

Orang ramai dijemput untuk menyertai Cabutan Bertuah Duit Raya KL Wellness City, yang menawarkan hadiah tunai antara RM1,000 hingga RM3,000. Di samping itu, dari 14 Mac hingga 30 April, hadiah percuma istimewa akan diberikan kepada para pengunjung, untuk membawakan keceriaan serta berkongsi rezeki dengan masyarakat. 

Walaupun “Kembali Ke Nostalgia” akan diadakan selama sebulan, pastikan anda menandakan tanggal 18 April dalam kalendar anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Istimewa KL Wellness City, yang menjanjikan pelbagai aktiviti perayaan yang menarik, makanan dan hiburan buat individu, keluarga dan rakan-rakan – yang tidak dapat dilupakan bersama-sama. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://klwellnesscity.com 

The post KL Wellness City Lancar Kempen “Kembali Ke Nostalgia” Raya Dengan Ekstravaganza Warisan Dan Budaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*