Dua Lelaki Ragut Wanita Hingga Cedera Ditahan

lelaki ragut wanita ditahan

Dua Lelaki Ragut Wanita Hingga Cedera Ditahan

KOTA BHARU, 27 Feb (Bernama)Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun kerana terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita sehingga mangsa mengalami luka kecil di lengan dan tangan kiri di Jalan Kelochor di sini pada 16 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.

“Susulan penahanan suspek, polis merampas sebuah motosikal yang digunakan sewaktu kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, video kejadian ragut itu tular dalam laman sosial dan pihak polis turut mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu yang mangsa wanita berusia 54 tahun dilihat berseorangan menunggang motosikal di Jalan Kelochor diragut dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal berwarna kuning sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Lelaki ragut beg milik penghantar makanan ditahan polis

Sebelum ini, media melaporkan cubaan seorang lelaki meragut beg silang milik seorang penghantar makanan gagal selepas berjaya ditangkap oleh orang awam di kawasan Bandar Mahkota Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung mangsa berusia 35 tahun telah diragut oleh suspek di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal.

“Hasil bantuan orang awam, suspek telah berjaya ditangkap dalam jarak 10 meter dari lokasi kejadian mangsa diragut,” katanya.

Bagaimanapun menerusi rakaman video oleh orang awam, tular di media sosial yang memaparkan suspek berusia 22 tahun telah ditangkap.

Berikutan itu, pihak polis berjaya merampas semula kesemua barangan yang diragut suspek seperti wang tunai, jam tangan, telefon bimbit, serta kad-kad dokumen peribadi (kad pengenalan diri, lesen memandu dan kad bank).

Sumber: BERNAMA

The post Dua Lelaki Ragut Wanita Hingga Cedera Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*