Turkiye Naikkan Gaji Minimum 49 Peratus Mulai Tahun Depan

turkiye gaji minimum

Turkiye Naikkan Gaji Minimum 49 Peratus Mulai Tahun Depan

Turkiye dilapor akan menaikkan paras gaji minimum pekerja sebanyak 49 peratus yang berkuat kuasa pada tahun depan.

Susulan pengumuman itu, gaji minimum di negara berkenaan akan meningkat kepada paras €520 (RM2,643).

Kenaikkan itu merupakan kenaikkan dua kali ganda berbanding pengumuman yang dibuat pada awal tahun ini.

Kira-kira 1/3 daripada keseluruhan 86 juta populasi Turkiye menikmati pendapatan pada kadar gaji minimum.

Turkiye naikkan gaji minimum sebanyak 49 peratus mulai tahun depan

Menurut Euronews, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban sebahagian besar warga Turkiye yang terkesan dengan kenaikkan mendadak inflasi negara tersebut.

Dalam laporan portal berita tersebut, Turkiye mencatatkan kenaikkan inflasi sebanyak 62 peratus pada November.

Menurut WION pula, keputusan itu dibuat di saat-saat kritikal dimana kadar inflasi Turkiye diunjur naik melebihi 70 peratus menjelang bulan-bulan akan datang.

Tindakan ini menyukarkan bank pusat untuk mengawal inflasi

Bagaimanapun, kenaikkan gaji minimum ini dijangka akan menyukarkan lagi keadaan inflasi yang dialami negara tersebut.

Pemerhati melihat keputusan menaikkan gaji minimum pada paras 40 hingga 50 peratus akan menyebabkan Bank Pusat Turkiye (TCMB) berdepan laluan berliku untuk mengurus inflasi.

Turkiye mula berdepan dengan kenaikkan inflasi yang mendadak, paling teruk dalam tempoh 25 tahun sejak kejatuhan nilai matawang tempatan, Lira pada penghujung 2021.

Tahun ini, nilai Lira menyusut sebanyak 35 peratus berbanding Dolar Amerika dan menunjukkan tanda-tanda penyusutan lebih lanjut.

Bagi mengawal kenaikkan inflasi dan penurunan nilai Lira, TCMB menaikkan kadar pengukur kepada 42.5 peratus, iaitu kenaikkan kadar faedah kali ketujuh berturut-turut.

Bagaimanapun, TCMB baru-baru ini memberi isyarat bahawa kenaikkan kadar faedah mungkin akan tamat tidak lama lagi.

Dalam pada itu, tumpuan kini terarah kepada agensi penarafan kredit dan pelabur yang mahu melihat trajektori ekonomi Turkiye selepas paras gaji minimum dinaikkan.

Keputusan menaikkan gaji minimum dilihat sebagai keputusan signikan pasca pilihanraya Turkiye, Mei lepas dan menjelang pilihanraya bandaraya pada Mac.

BACA: Hilang Kerja? Anda Mungkin Layak Mohon SIP, Ada Enam Elaun

Sumber: Euronews, Wio News

The post Turkiye Naikkan Gaji Minimum 49 Peratus Mulai Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*