Dua Lelaki Singapura Ditahan, Kencing Di Kompleks CIQ Johor Bahru

dua lelaki Singapura kencing

Dua Lelaki Singapura Ditahan, Kencing Di Kompleks CIQ Johor Bahru

Dua lelaki warga Singapura telah ditahan pihak polis bantuan Malaysia selepas membuang air kecil di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru, lapor Mothership.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 13 Jun lalu dan disahkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Menurut polis, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh dua individu terbabit walaupun terdapat tandas dan papan tanda di kompleks tersebut.

Dua individu yang ditahan itu merupakan lelaki berusia 48 dan 68 tahun.

Walau bagaimanapun, dua individu itu didapati bukan kenalan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Perbuatan itu dilakukan dalam kejadian yang berasingan pada hari yang sama.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen yang sama

Mereka kemudiannya ditahan pada 13 Jun di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil Malaysia 1955, kerana berkelakuan menghina.

Jika disabit bersalah, mereka boleh dikenakan denda sebanyak 29 Singapura dolar (RM100).

Hasil pemeriksaan, kedua-dua lelaki disahkan negatif dadah. Suspek pertama didakwa di Mahkamah pada 14 Jun. Manakala suspek kedua akan menjalani siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen Malaysia 1959/63 kerana menetap di Malaysia tanpa pas yang sah.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Terdahulu, BMW Car Club Singapore telah menyatakan permohonan maaf selepas melakukan pemanduan konvoi berkumpulan sehingga menghalang lalu lintas di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) pada 9 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan, kelab tersebut berkata pihaknya menyedari akan video tular berkaitan kumpulan konvoi itu sejak kebelakangan ini.

Ujarnya, permohonan maaf itu turut dibuat untuk meyakinkan bahawa mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berwajib.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf dan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak kami.

“Serta untuk meyakinkan semua tentang komitmen kami dalam memberi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

“Kami telah bertanggungjawab sepenuhnya atas pengawasan baru-baru ini dengan memberi kerjasama rapat kepada pihak berkuasa tempatan sebaik sahaja kami mendengar berita itu,” jelasnya pada Ahad lalu

Menurutnya, siasatan ke atas sekumpulan konvoi BMW itu telah berakhir.

Sumber: Mothership

The post Dua Lelaki Singapura Ditahan, Kencing Di Kompleks CIQ Johor Bahru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*